awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
World #QuranHour 2026 buka tirai penganjuran ke-11
Suami didakwa kes tipu: Azar Azmi mohon ruang
Suami pelakon didakwa tipu jual tanah kurnia tidak wujud, gelaran Datuk palsu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat naikkan harga minyak sawit mentah 10 peratus

Bernama
Bernama
10/03/2026
03:34 MYT
Konflik Asia Barat naikkan harga minyak sawit mentah 10 peratus
Lonjakan harga MSM pada masa ini dijangka menyokong pendapatan syarikat perladangan untuk tempoh jangka pendek, terutamanya peserta huluan berdasarkan leveraj operasi mereka yang tinggi terhadap harga MSM. - Gambar hiasan
Konflik geopolitik yang semakin memuncak di Asia Barat telah menaikkan harga minyak sawit mentah (MSM) kira-kira 10 peratus kepada RM4,592 satu tan sejak minggu lepas, mendorong kenaikan harga minyak mentah dan mewujudkan kebimbangan mengenai peningkatan kos tenaga dan baja.
Menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB), walaupun masih belum jelas mengenai tempoh ketegangan geopolitik akan berterusan dan sejauh mana kenaikan harga MSM dapat dikekalkan, lonjakan harga MSM pada masa ini dijangka menyokong pendapatan syarikat perladangan untuk tempoh jangka pendek, terutamanya peserta huluan berdasarkan leveraj operasi mereka yang tinggi terhadap harga MSM.
“Kami berasa lega kerana kebanyakan syarikat di bawah liputan kami telah memenuhi keperluan baja mereka untuk tahun kewangan semasa,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini, sambil menambah lonjakan harga minyak mentah juga telah menjadikan biodiesel kembali menarik.
Katanya ketegangan yang berpanjangan boleh meningkatkan kos pengeluaran dalam jangka masa panjang berikutan konflik tersebut akan berlarutan dan mengganggu aliran perdagangan melalui Selat Hormuz.
Selain itu, harga baja dijangka meningkat lagi berikutan bekalan yang terhad dan kos pengangkutan yang lebih tinggi, menurut bank pelaburan itu.
“Ini boleh menyebabkan kos perolehan baja yang lebih tinggi apabila syarikat perladangan berunding untuk tender seterusnya, berpotensi meningkatkan kos pengeluaran MSM dalam tempoh berikutnya,” katanya.
Bagaimanapun, HLIB mengekalkan jangkaan purata harga MSM 2026 sebanyak RM4,200 satu tan buat masa ini, menunggu perkembangan seterusnya mengenai ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perang Iran-Israel 2026
#Konflik Timur Tengah Terkini
#minyak sawit mentah
#kenaikan harga komoditi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan