awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Naib Presiden AS, Vance kata rundingan di Pakistan capai 'banyak kemajuan'
Krisis tenaga global: Kerajaan dan rakyat perlu bersatu, jadikan "loceng amaran" - Sultan Nazrin
Bharatanatyam: Antara seni dan saintifik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Parlimen Iran rangka undang-undang tol maritim di Selat Hormuz

Astro AWANI
Astro AWANI
26/03/2026
07:47 MYT
Konflik Asia Barat: Parlimen Iran rangka undang-undang tol maritim di Selat Hormuz
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Parlimen berkata, draf perundangan itu kini dalam peringkat akhir untuk dimuktamadkan oleh pasukan undang-undang badan perundangan tersebut. -Gambar fail
Parlimen Iran sedang merangka undang-undang baharu bagi mengenakan bayaran tol terhadap kapal-kapal yang melalui Selat Hormuz, lapor agensi berita Fars dan Tasnim.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Parlimen berkata, draf perundangan itu kini dalam peringkat akhir untuk dimuktamadkan oleh pasukan undang-undang badan perundangan tersebut.
Ahli Parlimen yang tidak dinamakan itu berkata, langkah tersebut bertujuan membolehkan Iran mengutip yuran bagi menjamin keselamatan kapal yang melintasi laluan strategik berkenaan.
“Sama seperti koridor lain, apabila barangan melalui sesebuah negara, duti perlu dibayar; Selat Hormuz juga merupakan sebuah koridor dan kami memastikan keselamatannya,” katanya.
Menurutnya, adalah perkara biasa bagi kapal dan kapal tangki untuk membayar duti memandangkan Iran memikul tanggungjawab menjaga keselamatan di kawasan itu.
Langkah ini diperkenalkan ketika Iran menuntut pengiktirafan antarabangsa terhadap kuasa kedaulatannya di Selat Hormuz sebagai salah satu syarat utama bagi menamatkan konflik berterusan di Asia Barat.
Selat Hormuz merupakan laluan maritim paling kritikal di dunia dengan hampir satu perlima daripada bekalan petroleum global melaluinya setiap hari.
Penganalisis menjangkakan cadangan itu bakal mencetuskan bantahan daripada komuniti perdagangan antarabangsa serta berisiko meningkatkan lagi kos logistik dan harga tenaga dunia.
Topic Berkaitan
#Iran
#Selat Hormuz
#tol kapal
#perdagangan global
#minyak dunia
#Fars
#Tasnim
#keselamatan maritim
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan