awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Naib Presiden AS, Vance kata rundingan di Pakistan capai 'banyak kemajuan'
Krisis tenaga global: Kerajaan dan rakyat perlu bersatu, jadikan "loceng amaran" - Sultan Nazrin
Konflik Asia Barat: Rubio sertai rundingan Israel-Lubnan di Jabatan Negara AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: 'Perang dengan Iran akan tamat tidak lama lagi' - Trump

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
09/03/2026
20:44 MYT
Konflik Asia Barat: 'Perang dengan Iran akan tamat tidak lama lagi' - Trump
Trump mendakwa bahawa dalam tempoh sembilan hari kebelakangan ini, AS dan Israel telah melancarkan “serangan dan operasi ketenteraan paling kompleks yang pernah disaksikan dunia”. - Foto fail/REUTERS
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata beliau menjangkakan perang terhadap Iran akan berakhir “tidak lama lagi”, ketika bercakap pada satu sidang media di Doral, Florida.
Apabila ditanya sama ada perang itu boleh tamat minggu ini, Trump menjawab: “Tidak, tetapi tidak lama lagi. Saya fikir sangat segera.”
Trump mendakwa bahawa dalam tempoh sembilan hari kebelakangan ini, AS dan Israel telah melancarkan “serangan dan operasi ketenteraan paling kompleks yang pernah disaksikan dunia”, sambil menegaskan bahawa objektif ketenteraan mereka “hampir lengkap”.
“Setiap kekuatan tentera Iran telah kami hapuskan sepenuhnya… kebanyakan kuasa laut Iran telah ditenggelamkan,” katanya.
Beliau turut berkata AS sedang mensasarkan keupayaan dron dan peluru berpandu Iran, mendakwa keupayaan tersebut kini “jatuh kepada kira-kira 10 peratus atau kurang”, dengan serangan berterusan ke atas lokasi pembuatan peluru berpandu dan dron.
Trump mendakwa lebih 5,000 sasaran telah dibom dalam operasi tersebut.
Trump juga berkata AS kini “mendahului jadual asal dengan jauh”, sambil memetik kejayaan operasi terdahulu termasuk ‘Operation Midnight Hammer’, yang menurutnya menghalang Iran daripada membangunkan senjata nuklear.
Beliau turut mendakwa negara‑negara jiran Iran kini “berpihak kepada AS” selepas Iran melakukan tindakan yang dianggapnya “sangat bodoh”, dengan menyerang negara‑negara yang sebelum ini neutral.
Trump menamakan Arab Saudi, UAE dan Qatar sebagai antara negara yang kini menyokong usaha ketenteraan AS.
Dalam isu kepimpinan Iran, Trump berkata beliau “kecewa” dengan pelantikan Mojtaba Khamenei sebagai pemimpin agung baharu Iran, menggantikan ayahandanya Ayatollah Ali Khamenei yang terbunuh.
Namun, Trump enggan mengulas sama ada pemimpin baharu itu akan menjadi sasaran seterusnya.
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Donald Trump
#Iran
#operasi ketenteraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan