awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Polis tingkat rondaan, kawal ketat sasaran penting negara

Bernama
Bernama
06/03/2026
09:34 MYT
Konflik Asia Barat: Polis tingkat rondaan, kawal ketat sasaran penting negara
Pemantauan dan kawalan keselamatan yang dilaksanakan secara berterusan itu adalah komitmen PDRM dalam menjamin ketenteraman awam. - Gambar hiasan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengarahkan semua Ketua Polis Negeri dan pengarah jabatannya untuk meningkatkan rondaan serta penugasan keselamatan di sempadan dan sasaran penting dalam negara susulan pergolakan yang berlaku di Asia Barat ketika ini.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata rondaan dan penugasan keselamatan itu termasuk ke atas kepentingan serta aset milik Amerika Syarikat (AS) dan Eropah di negara ini serta rumah ibadat yang dikhuatiri mungkin menjadi sasaran pihak tertentu.
"Kita sentiasa mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk meneliti perkembangan ini," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini hari ini.
Beliau berkata pemantauan dan kawalan keselamatan yang dilaksanakan secara berterusan itu adalah komitmen PDRM dalam menjamin ketenteraman awam dan memastikan negara bebas daripada sebarang ancaman luar yang tidak diingini.
Ketegangan di Asia Barat meruncing apabila AS dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran menyebabkan Iran melakukan serangan balas ke atas kepentingan AS di rantau berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPN
#pergolakan timur tengah
#tingkat
#rondaan
#kawal ketat
#sasaran penting
#Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan