awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes jenayah turun sepanjang Ops Selamat 25 dan 26
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Hubungan Malaysia-Thailand diperkukuh melalui diplomasi budaya - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Presiden Perancis seru henti sementara pertempuran

Bernama
Bernama
19/03/2026
11:28 MYT
Konflik Asia Barat: Presiden Perancis seru henti sementara pertempuran
Presiden Macron sokong idea “moratorium” terhadap serangan ke atas infrastruktur awam dan orang awam dalam konflik tersebut, selain menyeru agar ketegangan dikendurkan segera. - Gambar fail

Presiden Perancis, Emmanuel Macron pada Khamis menggesa agar ketenangan dipulihkan ketika Asia Barat memasuki sambutan Aidilfitri serta menyeru agar pertempuran dihentikan sementara bagi memberi ruang kepada rundingan susulan serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atas Iran dan tindakan balas Tehran, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Ketika rantau ini memasuki tempoh sambutan keagamaan, saya percaya semua pihak perlu bertenang. Pertempuran perlu dihentikan, sekurang-kurangnya untuk beberapa hari, bagi memberi peluang kepada rundingan,” kata Macron kepada pemberita ketika pemimpin Kesatuan Eropah (EU) berhimpun di Brussels.

Beliau menyatakan sokongan terhadap idea “moratorium” terhadap serangan ke atas infrastruktur awam dan orang awam dalam konflik tersebut, selain menyeru agar ketegangan dikendurkan segera.

“Perancis, seperti biasa, menyokong kembali kepada rundingan, kembali kepada dialog dan pengurangan ketegangan di rantau ini," kata Macron.

Beliau turut mengingatkan bahawa situasi di Iran tidak seharusnya mengabaikan keadaan kemanusiaan di Gaza, “yang mana kita mesti terus memberi perhatian.”

“Saya ingin menyatakan bahawa semalam saya berpeluang bercakap dengan Emir Qatar, yang negaranya turut terkesan secara langsung apabila kemudahan pengeluaran gas menjadi sasaran.

"Beberapa negara Teluk lain juga turut diserang buat kali pertama dengan cara yang sama seperti Iran diserang pada pagi sebelumnya. Peningkatan ketegangan ini amat tidak bertanggungjawab,” katanya.

Macron turut menegaskan keperluan memberikan “sokongan penuh dan tanpa syarat” kepada Lubnan bagi membantu negara itu memelihara integriti wilayah, kedaulatan dan keselamatannya.

“Untuk itu, kita mesti membantu pihak berkuasa Lubnan -- baik politik mahupun ketenteraan -- untuk kembali mengawal keadaan dan mempunyai monopoli terhadap senjata. Perkara kedua ialah meyakinkan Israel bahawa usaha ini perlu dilakukan oleh rakyat Lubnan sendiri melalui Angkatan Tentera Lubnan, dan bukan dengan mencabuli kedaulatan wilayah Lubnan atau mengebom wilayahnya,” tegas Macron.

-- BERNAMA-ANADOLU

Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Perancis
#Emmanuel Macron
#Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan