awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran hutan berlaku di Taman Puncak Jalil, operasi pemadaman giat dijalankan
Dasar bekerja dari rumah tidak ganggu pergerakan ekonomi negara - Akmal Nasrullah
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya, Labuan dan 11 negeri hingga 2 pagi - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Qatar beri amaran konflik hampir "tidak terkawal"

Bernama
Bernama
07/04/2026
16:44 MYT
Konflik Asia Barat: Qatar beri amaran konflik hampir "tidak terkawal"
"Kelangsungan perang seperti ini hanya akan meningkatkan kos kepada rakyat di rantau ini, kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa, kepada ekonomi global serta pasaran tenaga dunia," kata Majed al-Ansari.

Qatar memberi amaran pada Selasa bahawa rantau Asia Barat kini hampir menuju ke tahap peningkatan konflik yang “tidak dapat dikawal”, hanya beberapa jam sebelum tarikh akhir yang ditetapkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk Iran mencapai satu persetujuan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Kami telah memberi amaran sejak 2023 bahawa peningkatan konflik tanpa kawalan akan membawa kita ke situasi yang tidak dapat dikawal dan kita kini sangat hampir ke tahap itu,” kata jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed al-Ansari.
“Inilah sebabnya kami menggesa semua pihak mencari penyelesaian dan jalan untuk menamatkan perang ini sebelum ia menjadi tidak terkawal.”
Ultimatum Trump kepada Iran untuk mencapai persetujuan atau berdepan serangan besar terhadap kemudahan tenaga dan infrastruktur awam lain dijadual berakhir pada Selasa malam (0000 GMT Rabu).
“Kelangsungan perang seperti ini hanya akan meningkatkan kos kepada rakyat di rantau ini, kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa, kepada ekonomi global serta pasaran tenaga dunia,” kata al-Ansari kepada wartawan di ibu negara Doha.
Qatar dan sekutu Amerika Syarikat lain di rantau Teluk berdepan serangan berterusan dari Tehran sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan perang terhadap Iran pada 28 Februari.
Negara-negara Teluk menegaskan yang mereka tidak terlibat dalam perang itu dan memberi tumpuan kepada mempertahankan wilayah serta kedaulatan masing-masing.
Al-Ansari berkata, negaranya telah berhubung dengan pentadbiran Trump sejak sebelum ia mengambil alih jawatan sebagai sebahagian daripada proses pengantaraan antara Hamas dan Israel.
“Kami berkomunikasi setiap hari dengan rakan runding kami di Amerika Syarikat dan bekerjasama rapat terutama dalam aspek pertahanan negara,” katanya.
-- BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Qatar
#amaran
#luar kawalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan