awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM Selangor tahan 12 pendatang tanpa izin di pesisir Pantai Batu Laut
Polis ditempatkan di 151 stesen minyak berisiko tinggi - Fadillah
Malaysia catat 3.36 juta ancaman siber berasaskan web pada 2025 - Kaspersky
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Ribuan rakyat Iran berhimpun sokong pemimpin

Astro AWANI
Astro AWANI
08/04/2026
02:55 MYT
Konflik Asia Barat: Ribuan rakyat Iran berhimpun sokong pemimpin
Ribuan rakyat Iran berhimpun di Dataran Enghelab, Tehran, pada awal pagi Rabu sebagai tanda sokongan padu kepada Pemimpin Tertinggi, Mojtaba Khamenei. - Gambar Reuters
Ribuan rakyat Iran berhimpun di Dataran Enghelab, di sini, pada awal pagi Rabu sebagai tanda sokongan padu kepada Pemimpin Tertinggi, Mojtaba Khamenei, meskipun Presiden Donald Trump mengumumkan gencatan senjata selama dua minggu antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.
Perhimpunan itu menyaksikan orang ramai mengibarkan bendera dan melaungkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan negara, ketika ketegangan di Asia Barat berada di ambang konflik besar.
Seorang wanita yang menyertai demonstrasi tersebut berkata rakyat Iran akan akur sepenuhnya terhadap keputusan pemimpin mereka.
“Jika pemimpin kami merasakan gencatan senjata perlu, kami akan ikut. Jika tidak, kami bersedia untuk terus berada di jalanan dan berjuang selamanya,” katanya.
Perkembangan itu berlaku selepas Trump pada Selasa mengumumkan persetujuan untuk menangguhkan serangan ke atas Iran selama dua minggu, hanya beberapa jam selepas beliau memberi amaran keras mengenai kemungkinan kemusnahan besar.
Menurut Trump, keputusan itu dibuat dengan syarat Iran membuka semula Selat Hormuz, laluan strategik yang menjadi nadi utama penghantaran minyak dunia.
Susulan pengumuman tersebut, Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran mengeluarkan kenyataan panjang melalui media negara yang mendakwa kemenangan, selain menggariskan pelan 10 perkara sebagai asas untuk menamatkan konflik.
Langkah gencatan sementara ini dilihat sebagai usaha meredakan ketegangan yang sebelum ini berisiko mencetuskan krisis lebih besar di rantau Asia Barat dan ekonomi global. - Agensi
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#rakyat iran
#gencatan senjata
#Mojtaba Khamenei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan