awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, Singapura percepat JS-SEZ, teroka CCUS - Akmal Nasrullah
Kapal belayar dari pelabuhan Iran walaupun diancam sekatan oleh AS
4 terkorban, 20 cedera dalam satu lagi insiden tembakan di sekolah di Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Rusia gesa dialog Iran–AS, pertahan program nuklear Tehran

Astro AWANI
Astro AWANI
15/04/2026
10:02 MYT
Konflik Asia Barat: Rusia gesa dialog Iran–AS, pertahan program nuklear Tehran
Lavrov (foto) berkata negara-negara Teluk memahami bahawa tindakan Iran menyekat laluan di Selat Hormuz berlaku sebagai tindak balas terhadap apa yang disifatkannya sebagai “pencerobohan Amerika Syarikat (AS)”. -Foto fail/AP
Rusia menyatakan sokongan terhadap usaha dialog bagi menyelesaikan krisis di Selat Hormuz, sambil mempertahankan program nuklear Iran yang menurutnya tidak mempunyai unsur ketenteraan.
Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov, berkata negara-negara Teluk memahami bahawa tindakan Iran menyekat laluan di Selat Hormuz berlaku sebagai tindak balas terhadap apa yang disifatkannya sebagai “pencerobohan Amerika Syarikat (AS)”.
Bercakap dalam rangka lawatan rasmi ke China, Lavrov berkata Moscow kini menggesa agar rundingan berterusan diadakan di antara Iran dan AS bagi mencari penyelesaian terhadap isu laluan strategik berkenaan.
“Rusia akan menerima apa jua penyelesaian berhubung isu pengayaan uranium Iran, asalkan ia memenuhi kepentingan Tehran,” katanya pada sidang media, di sini.
Beliau turut menegaskan bahawa Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) tidak pernah merekodkan sebarang bukti yang menunjukkan aktiviti pengayaan uranium oleh Iran dilakukan untuk tujuan ketenteraan.
Dalam pada itu, Lavrov menyuarakan harapan agar AS mengambil pendekatan lebih realistik dan menghentikan tindakan ketenteraan di Asia Barat, yang menurutnya bukan sahaja memburukkan keadaan serantau, malah turut menjejaskan kepentingan sekutu Washington sendiri.
Topic Berkaitan
#Sergey Lavrov
#Rusia Iran
#Selat Hormuz
#dialog Iran Amerika Syarikat
#konflik Asia Barat
#program nuklear Iran
#IAEA
#geopolitik global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan