awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi pemesejan XChat diperkenal, saingi WhatsApp dan Telegram
Tentera Darat AS perkenal inisiatif AI bantu anggota ketika operasi di lapangan
Liga Super: Pengadil tiup wisel awal, barisan kejurulatihan Selangor minta penjelasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Selat Hormuz akan dibuka ‘apa cara sekali pun’, kata Marco Rubio

Agensi
Agensi
30/03/2026
21:17 MYT
Konflik Asia Barat: Selat Hormuz akan dibuka ‘apa cara sekali pun’, kata Marco Rubio
Menurut Rubio, Presiden Donald Trump masih mengutamakan penyelesaian diplomatik, namun mendesak Iran menghentikan program nuklear serta pengeluaran dron dan misil. - Gambar Reuters
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio menegaskan, Selat Hormuz akan dibuka semula “sama ada melalui persetujuan atau tindakan ketenteraan”, ketika konflik membabitkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran terus memuncak.
Dalam wawancara eksklusif bersama Al Jazeera, Rubio berkata, pembukaan semula laluan perairan strategik itu adalah satu kemestian selepas operasi ketenteraan di Iran berakhir.
Rubio mengesahkan terdapat mesej dan perbincangan tidak langsung antara Amerika Syarikat dan pihak tertentu di Iran, meskipun Tehran berulang kali menafikan sebarang rundingan sedang berlangsung.
Menurutnya, Presiden Donald Trump masih mengutamakan penyelesaian diplomatik, namun mendesak Iran menghentikan program nuklear serta pengeluaran dron dan misil.
Pentadbiran Trump sebelum ini telah beberapa kali cuba memulakan rundingan, tetapi usaha itu terganggu oleh peningkatan konflik, termasuk serangan AS-Israel pada Februari yang mencetuskan perang baharu.
Isu pertukaran kepimpinan Iran
Rubio turut mengulangi pendirian Washington yang melihat perubahan kepimpinan di Iran sebagai “peluang”, susulan kematian beberapa tokoh utama termasuk Ayatollah Ali Khamenei dalam siri serangan terdahulu.
Bagaimanapun, beliau menyatakan ketidakpastian mengenai sejauh mana kuasa pengganti Khamenei, iaitu anaknya Mojtaba Khamenei.
Rubio berkata, AS tidak menolak kemungkinan menyambut baik Iran “yang dipimpin oleh kepimpinan lebih moderat."
Iran dituduh mengancam rantau Teluk
Rubio turut menuduh Iran menggunakan sumber negaranya untuk menyokong kumpulan bersenjata seperti Hezbollah, Hamas dan militia Syiah di Iraq, serta menimbulkan ketidakstabilan di Syria.
Dalam masa sama, beliau memberi amaran bahawa peningkatan kapasiti misil dan dron Iran akan membawa ancaman berterusan kepada negara‑negara Teluk termasuk Arab Saudi, UAE, Qatar, Kuwait dan Bahrain.
Program nuklear kembali jadi fokus
Rubio menegaskan bahawa Washington mahu Iran menamatkan sepenuhnya program nuklearnya dan menghalang Tehran daripada memiliki kemampuan mempercepatkan proses persenjataan.
Laporan Wall Street Journal turut menyebut Trump sedang menimbang pilihan operasi khas untuk mengambil bahan uranium diperkaya yang disimpan Iran - sesuatu yang dilihat sebagai tindakan ketenteraan berisiko tinggi.
White House tidak menafikan laporan tersebut. - Agensi
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Selat Hormuz
#Setiausaha Negara AS
#Marco Rubio
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan