awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS-Israel bebas bertindak kerana negara-negara lain khuatir kesan ekonomi - Pensyarah
PM Anwar santuni peniaga, pengunjung Bazar Ramadan Sukma Ria
PM Anwar mohon kerjasama Sarawak tangani penyeludupan diesel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Sidang Kemuncak D‑8 di Jakarta ditangguh, tarikh baharu belum diputuskan

Bernama
Bernama
13/03/2026
10:34 MYT
Konflik Asia Barat: Sidang Kemuncak D‑8 di Jakarta ditangguh, tarikh baharu belum diputuskan
Sidang kemuncak yang melibatkan penyertaan negara-negara anggota termasuk Iran itu asalnya dijadualkan berlangsung pada 13 hingga 15 April depan. -Foto fail/Bernama
Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) yang dijadualkan berlangsung di Jakarta, Indonesia bulan depan terpaksa ditangguhkan susulan kancah peperangan yang sedang melanda rantau Asia Barat ketika ini.
Pegawai kanan Kementerian Luar Indonesia, Tri Tharyat mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa tarikh baharu bagi penganjuran persidangan tersebut masih belum dibincangkan buat masa ini.
Sidang kemuncak yang melibatkan penyertaan negara-negara anggota termasuk Iran itu asalnya dijadualkan berlangsung pada 13 hingga 15 April depan.
Organisasi Kerjasama Ekonomi D-8 yang ditubuhkan pada 1997 terdiri daripada Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turkiye bagi memperkukuh kerjasama ekonomi antara negara anggota dari Asia Tenggara hingga ke Afrika.
Azerbaijan turut menyertai organisasi berkenaan sebagai anggota terbaharu pada tahun 2025.
Indonesia selaku tuan rumah menjelaskan penangguhan ini dibuat selepas menilai perkembangan semasa konflik AS–Israel–Iran yang semakin meruncing, termasuk serangan balas melibatkan beberapa negara Teluk.
Situasi tersebut menjejaskan keupayaan negara anggota untuk menyertai pertemuan peringkat tinggi itu.
Pihak penganjur dijangka terus memantau keadaan rantau berkenaan sebelum menetapkan tarikh baharu sidang kemuncak, yang dijangka menjadi platform penting membincangkan kerjasama ekonomi serta isu kemanusiaan susulan pergolakan semasa.
Topic Berkaitan
#D‑8
#Jakarta
#Indonesia
#Timur Tengah
#diplomasi antarabangsa
#Tri Tharyat
#sidang kemuncak
#geopolitik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan