awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi pemesejan XChat diperkenal, saingi WhatsApp dan Telegram
Tentera Darat AS perkenal inisiatif AI bantu anggota ketika operasi di lapangan
Liga Super: Pengadil tiup wisel awal, barisan kejurulatihan Selangor minta penjelasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Singapura jangka kenaikan tarif elektrik

Bernama
Bernama
12/03/2026
06:39 MYT
Konflik Asia Barat: Singapura jangka kenaikan tarif elektrik
Tan menggesa isi rumah dan perniagaan di republik itu memainkan peranan mereka dalam mengurangkan impak kenaikan harga tenaga dengan menjimatkan elektrik. - Gambar fail/Bernama
Rakyat Singapura dijangka berdepan kenaikan tarif elektrik dalam beberapa bulan akan datang apabila harga gas global meningkat akibat konflik berterusan di Asia Barat, kata Menteri bertanggungjawab bagi Tenaga dan Sains dan Teknologi Tan See Leng.
Beliau menggesa isi rumah dan perniagaan di republik itu memainkan peranan mereka dalam mengurangkan impak kenaikan harga tenaga dengan menjimatkan elektrik dan menggunakan lebih banyak peralatan cekap tenaga.
Tan berkata walaupun beberapa langkah sedang dilaksanakan untuk memastikan Singapura mempunyai tenaga yang mencukupi, harga gas global terus melonjak akibat konflik itu.
“Dengan keadaan global menjadi kurang pasti dan stabil, gangguan bahan api dan turun naik harga menjadi lebih kerap.
“Kesan ini dirasai di Singapura apabila kita mengimport semua gas asli yang diperlukan untuk menjana kira-kira 95 peratus daripada penjanaan elektrik," katanya dalam catatan Facebook pada Khamis.
Tan turut menegaskan kerajaan bersedia untuk membantu isi rumah dan perniagaan sekiranya perlu.
“Diumumkan pada Bajet 2026, isi rumah Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang layak akan menerima 1.5 kali ganda jumlah biasa rebat U-Save atau sehingga S$570 (S$1=RM3.06) pada tahun kewangan ini.
“Memandangkan keadaan di Asia Barat masih bergolak, kita memantau dengan teliti, terutamanya untuk kesan sekunder gangguan," katanya.
Mengenai perkembangan berkaitan, Tan berkata Singapura telah mewujudkan simpanan bahan api gas dan diesel yang boleh digunakan oleh syarikat penjanaan kuasa jika bekalan gas terganggu teruk, serta mempelbagai sumber Gas Asli Cecair (LNG) yang diimport.
Beliau menambah langkah-langkah itu adalah antara pelbagai barisan pertahanan kerajaan untuk memelihara keterjaminan tenaga Singapura.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#Asia Barat
#konflik
#gas
#bahan api
#elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan