awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kapal berpatah balik di Selat Hormuz susulan Iran ketatkan kawalan
KT01 selamat tiba di Madinah, buka tirai musim haji 1447H
Polis terima laporan berhubung dakwaan fitnah terhadap MAIS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat strategi politik domestik AS menjelang pilihan raya?

Asyraf Malik
Asyraf Malik
18/04/2026
12:01 MYT
Konflik Asia Barat strategi politik domestik AS menjelang pilihan raya?
Sejarah politik Amerika Syarikat menunjukkan kecenderungan negara itu terlibat dalam konflik ketika menghampiri musim pilihan raya. - Gambar fail
Konflik di rantau Asia Barat berkemungkinan merupakan sebahagian daripada strategi politik domestik di Amerika Syarikat menjelang pilihan raya pertengahan penggal pada November.
Pensyarah Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Prof Madya Dr Syaza Farhana Mohamad Shukri berkata sejarah politik AS menunjukkan kecenderungan negara itu terlibat dalam konflik ketika menghampiri musim pilihan raya.
"Biasanya apabila hampir pilihan raya midterm, memang ada kemungkinan untuk Amerika Syarikat terjebak dalam konflik kerana ia boleh membantu dari segi sokongan politik.
"Perkara ini kita sebutkan sebagai kesan ‘rallying around the flag’ iaitu lonjakan sokongan rakyat terhadap kerajaan ketika situasi krisis.
"Tambahaan pula, Trump dilihat sebagai pemimpin populis di mana apa yang dikatakan beliau akan diambil bulat-bulat oleh penyokong, walaupun realiti menunjukkan perkara berbeza," jelasnya dalam program Buletin Khas Awani, di sini, pada Sabtu.
Namun Syaza melihat naratif diangkat ini mungkin membawa padah kerana ia bertentangan dengan janji kempen Trump yang menolak penglibatan AS dalam konflik Asia Barat.
“Dulu Trump membuat janji bahawa AS tidak akan pergi perang di Asia Barat kerana ia tidak ada kaitan langsung dengan kepentingan mereka, dan beliau menang pilihan raya atas janji itu.
"Pergolakan sekarang menyebabkan harga minyak meningkat dan ia adalah sebaliknya daripada apa yang dijanjikan Trump semasa kempen,” ujar Syaza.
Seterusnya, konflik Asia Barat turut memperlihatkan jurang yang semakin melebar antara AS dan sekutu tradisional di Eropah, khususnya dalam kerangka NATO.
"Kita sedang bergerak ke arah dunia ‘multi-polar’ di mana kebanyakan negara dunia cuba mengimbangi sekutu kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China.
"Namun realitinya, kita tidak boleh lari daripada mengambil kira kedudukan Amerika Syarikat. Jika mereka tiada di meja rundingan, agak sukar untuk sebarang usaha perdamaian diteruskan," katanya.
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Amerika Syarikat
#strategi politik domestik
#pilihan raya pertengahan penggal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan