awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi pemesejan XChat diperkenal, saingi WhatsApp dan Telegram
Waspada peralihan monsun aktif
Pagar Laut: Maritim Malaysia tahan 617 individu, catat rampasan RM4.6 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Tentera AS bakal jadi mangsa ‘khayalan’ Netanyahu - Speaker Parlimen Iran

Astro AWANI
Astro AWANI
25/03/2026
11:15 MYT
Konflik Asia Barat: Tentera AS bakal jadi mangsa ‘khayalan’ Netanyahu - Speaker Parlimen Iran
Mohammad Bagher Ghalibaf (foto) menegaskan bahawa Tehran sedang memantau rapat setiap pergerakan AS di rantau berkenaan, terutamanya melibatkan pengerahan aset dan anggota tentera tambahan. -Gambar fail/Reuters
Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf, mengeluarkan amaran keras bahawa tentera Amerika Syarikat (AS) bakal menjadi mangsa kepada khayalan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, susulan peningkatan kehadiran ketenteraan Washington di Asia Barat.
Menerusi hantaran di platform X, Mohammad Bagher Ghalibaf menegaskan bahawa Tehran sedang memantau rapat setiap pergerakan AS di rantau berkenaan, terutamanya melibatkan kerahan aset dan anggota tentera tambahan.
We are closely monitoring all US movements in the region, especially troop deployments.What the generals have broke, the soldiers can't fix; instead, they will fall victim to Netanyahu's delusions.Do not test our resolve to defend our land.
— محمدباقر قالیباف | MB Ghalibaf (@mb_ghalibaf) March 25, 2026
"Apa yang telah dirosakkan oleh para jeneral tidak akan dapat diperbaiki oleh askar; sebaliknya, mereka akan menjadi mangsa kepada khayalan Netanyahu," kata beliau sebagai reaksi terhadap pengumuman kerahan ribuan anggota tentera AS ke rantau itu.
Beliau turut memberi amaran secara langsung kepada Washington agar tidak menguji keazaman Iran dalam mempertahankan kedaulatan wilayahnya.
"Jangan sesekali menguji tekad kami untuk mempertahankan tanah air kami," tegas Mohammad Bagher Ghalibaf lagi.
Kenyataan itu menyusul selepas agensi berita Associated Press melaporkan bahawa lebih 1,000 anggota tentera daripada Divisyen Airborne ke-82 sedang digerakkan ke Asia Barat, selain tambahan dua unit Marin yang melibatkan kira-kira 5,000 anggota Marin serta ribuan kelasi kapal perang.
Peningkatan kekuatan ketenteraan AS ini dilihat sebagai persediaan menghadapi kemungkinan konflik terbuka dengan Iran, ketika ketegangan diplomatik dan serangan ke atas infrastruktur tenaga terus meruncing di rantau berkenaan.
Topic Berkaitan
#Iran
#mohammad bagher ghalibaf
#Amerika Syarikat
#Benjamin Netanyahu
#Asia Barat
#ketegangan Iran-AS
#penghantaran tentera AS
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan