awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
World #QuranHour 2026 buka tirai penganjuran ke-11
Suami didakwa kes tipu: Azar Azmi mohon ruang
Suami pelakon didakwa tipu jual tanah kurnia tidak wujud, gelaran Datuk palsu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Thailand arah 'WFH', jimat penggunaan tenaga

Bernama
Bernama
10/03/2026
09:38 MYT
Konflik Asia Barat: Thailand arah 'WFH', jimat penggunaan tenaga
Perdana Menteri Thailand juga telah mengarahkan agensi untuk menangguhkan lawatan sambil belajar ke luar negara dan program latihan serta aktiviti seperti itu dijalankan secara domestik. - Gambar fail
Perdana Menteri sementara Thailand Anutin Charnvirakul mengarahkan agensi kerajaan dan perusahaan negeri untuk segera melaksanakan pengaturan kerja dari rumah (WFH) bagi mengurangkan penggunaan tenaga ketika ketegangan geopolitik berlarutan di Asia Barat.
Timbalan Jurucakap Kerajaan Thailand Lalida Prertwiwatthana berkata arahan itu terpakai untuk jabatan yang WFH tidak akan menjejaskan perkhidmatan awam, sebagai antara langkah meningkatkan kecekapan pengurusan sumber sektor awam.
Beliau berkata Perdana Menteri juga telah mengarahkan agensi untuk menangguhkan lawatan sambil belajar ke luar negara dan program latihan serta aktiviti seperti itu dijalankan secara domestik.
“Semua agensi telah diarahkan untuk melaksanakan langkah ini sambil memastikan perkhidmatan awam terus tidak terjejas," kata Lalida dalam kenyataan selepas mesyuarat Kabinet pada Selasa.
Beliau menambah pihak berkuasa akan memantau dengan teliti perkembangan situasi ekonomi dan tenaga global untuk memastikan dasar boleh diselaraskan sewajarnya dan tepat pada masanya.
Sementara itu, seorang lagi Timbalan Jurucakap Kerajaan Airin Phanpharit mendedahkan bahawa purata permintaan harian Thailand untuk produk minyak ditapis berjumlah kira-kira 124 juta liter.
Beliau berkata setakat 5 Mac, jumlah rizab minyak negara berjumlah 8.055 bilion liter manakala purata penggunaan produk minyak bertapis adalah kira-kira 3.13 juta tong sehari.
Bagaimanapun, Airin berkata Thailand terus bergantung pada import minyak mentah, khususnya dari Asia Barat.
Beliau menambah Thailand kini mempunyai kira-kira 8.054 bilion liter rizab minyak, termasuk rizab berkanun dan komersial, yang boleh memenuhi keperluan tenaga negara pada tahap tertentu.
“Namun Kementerian Tenaga telah mencadangkan langkah penjimatan tenaga tambahan untuk agensi kerajaan bagi menggalakkan penggunaan tenaga yang cekap dan menjadi contoh kepada sektor masyarakat lain,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perang Iran-Israel 2026
#Konflik Timur Tengah Terkini
#Thailand
#WFH
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan