awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar - Polis
Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu
Sultan Mizan berkenan terima menghadap Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat tidak jejas pelancongan Sarawak - Abdul Karim

Bernama
Bernama
29/03/2026
06:56 MYT
Konflik Asia Barat tidak jejas pelancongan Sarawak - Abdul Karim
Abdul Karim berkata, situasi itu juga dapat mendorong peningkatan pelancongan domestik apabila rakyat memilih untuk melancong di dalam negara berbanding ke luar negara. - Gambar fail
Konflik yang berlaku di Asia Barat dilihat tidak memberikan kesan besar kepada industri pelancongan di Malaysia, khususnya di Sarawak, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Beliau berkata sebaliknya situasi itu berpotensi memberikan impak positif kepada sektor berkenaan kerana dapat mendorong peningkatan pelancongan domestik apabila rakyat memilih untuk melancong di dalam negara berbanding ke luar negara.
“Berdasarkan pengalaman lepas seperti ketika pandemik COVID-19, walaupun sempadan ditutup dan penerbangan terhad, industri pelancongan di Sarawak masih dapat bertahan melalui pelbagai program yang dilaksanakan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersempena dengan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) serta Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MySED) di sini, hari ini.
Inisiatif seperti program Sia Sitok sebelum ini juga, katanya, berjaya merancakkan pelancongan domestik apabila rakyat tempatan mengambil peluang untuk meneroka destinasi di dalam negeri.
Sementara itu, Abdul Karim berkata Sarawak bersedia melaksanakan pelan kontingensi seperti Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 bagi menghadapi sebarang krisis ekonomi sekiranya konflik itu berpanjangan.
“Sekiranya perkara menjadi mudarat, kritikal, saya percaya kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan ada pelan kontingensi untuk meringankan bebanan rakyat.
“Jangan panik. Kita ambil pendekatan dan berfikiran positif dalam menghadapi apa-apa masalah dan musibah ini,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Karim Rahman Hamzah
#pelancongan
#konflik
#Asia Barat
#kesan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan