awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bella Astillah perjuangkan keibubapaan berasaskan bukti sebagai duta pertama Aptamil™ KID
Bayi perempuan masih hidup ditinggalkan di kawasan parkir surau Skudai
Putin terima lawatan Prabowo perkukuh kerjasama Rusia-Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Yaman ikrar pertahan Iran, paksi penentangan

Bernama
Bernama
28/03/2026
16:50 MYT
Konflik Asia Barat: Yaman ikrar pertahan Iran, paksi penentangan
Sebuah bendera Iran bersaiz gergasi terhampar di lokasi perhimpunan penyokong Houthi sebagai tanda solidariti terhadap Iran, ketika konflik AS–Israel dengan Iran berterusan, di Sanaa, Yaman. - Foto REUTERS

Seorang jurucakap Angkatan Tentera Yaman berkata Pergerakan Penentangan Ansarullah Yaman akan memasuki medan perang secara langsung jika gabungan baharu menyertai Amerika Syarikat dan rejim Zionis menentang Iran dan Paksi Penentangan, lapor Agensi Mehr News Agency (MNA).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat Jumaat, jurucakap Angkatan Tentera Yaman Yahya Saree menegaskan yang mereka akan mengambil tindakan ketenteraan secara langsung jika gabungan baharu menyertai Amerika Syarikat dan Israel dalam menentang Iran, menggunakan perairan serantau untuk operasi permusuhan atau terus meningkatkan ketegangan di rantau itu.
“Kami mengesahkan yang tangan kami berada di picu untuk campur tangan ketenteraan secara langsung,” tegas Saree.
Jurucakap itu turut mengemukakan beberapa tuntutan kepada pihak yang dianggap sebagai penceroboh.
Beliau menggesa mereka agar memberi respons terhadap usaha diplomatik yang bertujuan menamatkan pencerobohan, sambil menyifatkan tindakan itu sebagai serangan “tidak adil, menindas dan tidak berasas” yang menjejaskan kestabilan serta keselamatan global dan serantau, selain memberi kesan kepada ekonomi dunia.
Kenyataan itu turut menuntut pelaksanaan perjanjian gencatan senjata antara rejim Israel dan pergerakan penentangan Hamas di Semenanjung Gaza.
Kenyataan itu juga memberi amaran terhadap sebarang langkah untuk meningkatkan tekanan ke atas Yaman sendiri melalui peningkatan sekatan terhadap negara di Semenanjung Arab itu.
--BERNAMA-MNA
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Yaman
#Iran
#Yahya Saree
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan