awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kayak dinaiki pelajar IPG dipercayai terbalik kerana arus deras - Polis
Aksi pandu lawan arus tular, polis buru pemandu kereta
Cuaca panas: Perak pantau rapi empangan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsert BTS: Presiden Korea Selatan gesa langkah keselamatan menyeluruh

Reuters
Reuters
17/03/2026
05:36 MYT
Konsert BTS: Presiden Korea Selatan gesa langkah keselamatan menyeluruh
BTS dijadualkan mengadakan konsert kemunculan semula secara percuma di Dataran Gwanghwamun pada Sabtu. - Gambar fail
Presiden Korea Selatan Lee Jae Myung pada Selasa menggesa pihak berkuasa meningkatkan keselamatan menjelang konsert kemunculan semula kumpulan K-pop BTS di pusat bandar Seoul hujung minggu ini, demi memastikan acara itu berlangsung dengan selamat, lapor Agensi Berita Yonhap.
Lee menekankan kepentingan keselamatan memandangkan BTS dijadualkan mengadakan konsert kemunculan semula secara percuma di Dataran Gwanghwamun pada Sabtu, dan polis menganggarkan kehadiran kira-kira 260,000 orang di kawasan sekitar pada hari tersebut.
“Konsert BTS, yang menarik perhatian global, hanya tinggal beberapa hari lagi," kata Lee pada mesyuarat Kabinet yang diadakan di bandar pentadbiran Sejong.
"Isu utama ialah keselamatan, dan saya minta agar segala usaha dilakukan untuk mewujudkan langkah keselamatan yang menyeluruh."
Lee menggesa Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan, polis, pihak berkuasa bomba dan agensi berkaitan lain untuk mengekalkan kewaspadaan lebih tinggi dan bersedia dengan teliti untuk semua situasi yang mungkin berlaku.
“Persediaan juga perlu dibuat terhadap kemungkinan berlakunya keganasan, walaupun kemungkinannya tidak tinggi,” katanya.
Lee turut menggesa penilaian semula keadaan keselamatan di kemudahan penginapan di seluruh bandar raya bagi memastikan kejayaan penganjuran acara itu.
-- BERNAMA-YONHAP
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#BTS
#konsert BTS
#Lee Jae Myung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan