awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
Malaysia perbaiki kedudukan ke-54 dalam Indeks Persepsi Rasuah 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsultan bebas direman lima hari untuk bantu siasatan berkaitan rasuah

Bernama
Bernama
10/02/2023
08:51 MYT
Konsultan bebas direman lima hari untuk bantu siasatan berkaitan rasuah
Seorang konsultan bebas ditahan reman lima hari kerana disyaki menerima upah daripada seorang wanita bergelar Datuk Seri bagi melakukan kerja-kerja membabitkan kegiatan pengubahan wang haram. - Gambar hiasan/BERNAMA
PUTRAJAYA: Seorang konsultan bebas ditahan reman lima hari kerana disyaki menerima upah daripada seorang wanita bergelar Datuk Seri bagi melakukan kerja-kerja membabitkan kegiatan pengubahan wang haram.
Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lelaki berumur 70-an itu dipercayai menerima habuan lebih RM700,000 sekitar 2016 hingga 2017 sebagai balasan bagi melakukan kerja-kerja aktiviti pengubahan wang haram dengan membawa wang tunai yang disyaki hasil penipuan pelaburan.
Lelaki itu juga disyaki bersubahat dengan wanita yang bergelar Datuk Seri berkenaan berhubung kegagalan mengisytihar sumber wang pelaburan bagi tujuan menipu syarikat milik individu yang berprofil tinggi.
Lelaki itu direman sehingga 14 Feb selepas Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan yang dikemukakan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.
Pengarah Kanan Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan lelaki itu ditahan ketika hadir ke ibu pejabat SPRM semalam, dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konsultan bebas ditahan reman
#pengubahan wang haram
#Datuk Seri
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan