awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perjelas isu pam diesel 'angin' susulan video tular
GSF 2.0: Pelayar nekad berusaha bolos sekatan di Gaza - ZRA
Bekas Menteri Luar Iran kritik pendekatan AS selepas rundingan gagal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontrak kapal tempur: Kemuka butir matan palsu RM24 juta, broker direman

Astro Awani
Astro Awani
26/01/2022
05:03 MYT
Kontrak kapal tempur: Kemuka butir matan palsu RM24 juta, broker direman
Suspek lelaki berusia 62 tahun tersebut ditahan kira-kira pukul 9.30 malam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan. - Foto SPRM
KUALA LUMPUR: Seorang broker ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu.
Ia dianggarkan bernilai RM24 juta berkaitan kontrak perolehan enam buah Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS).
Menurut sumber, permohonan reman selama lima hari bermula hari ini sehingga 30 Januari depan itu dibenarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim.
Ia selepas SPRM membuat permohonan berkenaan di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.
Katanya, suspek lelaki berusia 62 tahun tersebut ditahan kira-kira pukul 9.30 malam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.
Difahamkan, suspek dipercayai telah mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu yang dianggarkan bernilai RM24 juta kepada sebuah syarikat perkapalan melalui tiga syarikat.
Katanya lagi, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#SPRM
#reman
#Kapal LCS
#butir matan palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan