awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan kes ditangguh, Vivy Yusof, suami dapat pasport tunai haji
Rakyat AS mungkin akan ‘rindu’ harga minyak AS$5 tidak lama lagi - Speaker Parlimen Iran
AMRO gesa ASEAN+3 perkukuh pengurusan fiskal hadapi gelombang kejutan baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontraktor maut motosikal berkuasa tinggi ditunggang rempuh pacuan empat roda

Bernama
Bernama
25/02/2026
07:02 MYT
Kontraktor maut motosikal berkuasa tinggi ditunggang rempuh pacuan empat roda
Keadaan motosikal berkuasa tinggi ditunggang Muhamad Anuar (gambar kecil) selepas terlibat kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda pada Rabu. -Foto Sinar Harian
Seorang kontraktor maut apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Wakaf Tembesu di sini pada Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu, mangsa, Muhammad Anuar Hashim, 34, yang menunggang motosikal jenis Ducati Monster 795 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati nahas melibatkan motosikal mangsa dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara.
"Ketika kejadian, mangsa yang beralamat di Kuala Terengganu sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Setiu menghala ke sebuah kedai plastik di Wakaf Tembesu.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila Nissan Navara yang dipandu seorang wanita berusia 51 tahun secara tiba-tiba keluar dari simpang di sebelah kiri laluan mangsa.
"Disebabkan jarak yang terlalu dekat, mangsa tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian sisi kanan kenderaan tersebut," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.
Menurut Azli, impak rempuhan itu menyebabkan motosikal Ducati berkenaan remuk di bahagian hadapan, manakala Nissan Navara tersebut mengalami kemek pada pintu pemandu dan penumpang sebelah kanan.
Bagaimanapun katanya, pemandu wanita dan seorang penumpang berusia 21 tahun yang berada di dalam Nissan Navara berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) untuk tindakan lanjut, manakala punca kematian (COD) masih dalam proses kemas kini.
"Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan jalan raya
#Kuala Nerus
#motosikal berkuasa tinggi
#Ducati Monster
#Nissan Navara
#Seksyen 41 APJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan