awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontraktor rugi lebih RM300,000 diperdaya skim pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
22/03/2026
04:14 MYT
Kontraktor rugi lebih RM300,000 diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa telah melakukan 16 transaksi pindahan wang menggunakan simpanan peribadi serta wang syarikat miliknya ke dalam lima akaun bank berbeza. - Gambar fail/Bernama
Seorang kontraktor kerugian RM356,342 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan melalui laman sesawang sejak bulan lepas.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa seorang lelaki berumur 34 tahun telah melihat satu iklan pelaburan di Google pada 18 Feb lepas, melalui laman web dikenali sebagai “marinasand”.
“Mangsa kemudiannya mendaftar dan menyertai pelaburan tersebut yang menjanjikan pulangan keuntungan sebanyak 10 peratus daripada jumlah pelaburan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa telah melakukan 16 transaksi pindahan wang menggunakan simpanan peribadi serta wang syarikat miliknya ke dalam lima akaun bank berbeza bermula 18 Feb hingga 19 Mac 2026.
“Mangsa hanya menerima pulangan awal sekitar RM1,000 sebelum tidak menerima sebarang keuntungan seterusnya seperti dijanjikan. Mangsa turut mendapati tidak lagi dapat mengakses laman sesawang pelaburan tersebut sebelum menyedari dirinya telah ditipu,” katanya.
Sehubungan itu, Yahaya menasihati orang ramai supaya merujuk dan mendapatkan nasihat awal daripada balai polis berdekatan sebelum membuat sebarang pelaburan bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.
Beliau turut menyarankan orang ramai membuat semakan nombor akaun melalui laman sesawang Semak Mule Polis Diraja Malaysia sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan serta segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 bagi tindakan segera sekiranya disyaki menjadi mangsa penipuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#penipuan
#Yahaya
#Kontraktor
#skim pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan