awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koperasi diingat laksana audit

Bernama
Bernama
23/08/2023
20:10 MYT
Koperasi diingat laksana audit
Saraswathy berkata setakat 31 Dis tahun lepas, terdapat 15,315 koperasi berdaftar di bawah SKM dengan jumlah keanggotaan seramai 7.3 juta orang. - Gambar fail/BERNAMA
KUCHING: Pihak koperasi diingatkan supaya melaksanakan pengauditan ke atas akaun mereka selari dengan peruntukan di bawah Seksyen 60 Akta Koperasi 1993.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Saraswathy Kandasami berkata kegagalan mematuhi perkara itu akan menyebabkan koperasi hilang kelayakan untuk mendapatkan kemudahan yang ada di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Beliau berkata antara sebab utama koperasi gagal menyediakan penyata kewangan untuk pengauditan adalah kerana tidak diberi pendedahan penyediaan akaun.
"Biasanya kita (Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi) dapati kebanyakan koperasi yang tidak melaksanakan audit adalah koperasi kecil dan mikro. Kita faham kebanyakan pihak koperasi menghadapi masalah selepas pandemik COVID-19 kerana perniagaan mereka telah terkesan.
"Oleh itu, kita ambil pelbagai pendekatan untuk membantu dan bukan untuk menghukum tetapi memberi bantuan untuk memulihkan semula koperasi," katanya kepada pemberita selepas majlis Taklimat GP23: Garis Panduan Pelaporan Penyata Kewangan Koperasi (Pindaan) 2020 di sini semalam.
Saraswathy berkata setakat 31 Dis tahun lepas, terdapat 15,315 koperasi berdaftar di bawah SKM dengan jumlah keanggotaan seramai 7.3 juta orang.
"Bagi statistik gerakan koperasi Sarawak pula, hingga 31 Dis 2022, terdapat sebanyak 1,159 koperasi telah didaftarkan dengan anggaran jumlah keanggotaan melebihi 310,000 orang.
"Angka tersebut membuktikan bahawa gerakan koperasi di Sarawak telah berjaya meningkatkan keyakinan rakyat Sarawak terhadap peranan dan signifikannya bagi membantu kerajaan menangani kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#koperasi
#Saraswathy Kandasami
#audit
#Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan