awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar mahu pembinaan Kolej Matrikulasi Terengganu disegerakan
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Rumah ibadat tanpa kelulusan: Tindakan ketepi saluran sah tidak boleh dikompromi - Sultan Kedah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan akan keluarkan baucar tenaga susulan krisis Asia Barat

Bernama
Bernama
12/03/2026
12:36 MYT
Korea Selatan akan keluarkan baucar tenaga susulan krisis Asia Barat
Langkah itu bertujuan membantu golongan rentan menghadapi kenaikan harga susulan perang yang semakin memuncak di Asia Barat. - Gambar hiasan

Parti pemerintah Parti Demokratik Korea (DP) dan pegawai kerajaan Korea Selatan pada Khamis bersetuju untuk menyediakan baucar tenaga bagi membantu golongan rentan menghadapi kenaikan harga susulan perang yang semakin memuncak di Asia Barat, lapor Agensi Berita Yonhap.

Dalam satu mesyuarat antara Ahli Parlimen DP dan pegawai kementerian tenaga di Perhimpunan Kebangsaan Korea Selatan, parti pemerintah itu menggesa kerajaan memastikan kos tenaga tidak memberi tekanan tambahan kepada isi rumah berpendapatan rendah, kata Ahli Parlimen Kim Ju-young kepada pemberita.
“DP meminta kerajaan mengekalkan tahap kesiapsiagaan respons kecemasan yang menyeluruh bagi mengelakkan kesulitan kepada orang ramai akibat gangguan bekalan elektrik, selain menyeru sokongan kebajikan awam agar peningkatan kos tenaga tidak terus membebankan isi rumah yang rentan,” katanya.
Kerajaan turut memaklumkan yang ia akan menubuhkan pasukan respons kecemasan serta bekerjasama dengan syarikat tenaga milik kerajaan dan penjana kuasa swasta bagi memastikan bekalan tenaga kekal stabil.
--BERNAMA-YONHAP
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#Asia Barat
#baucar tenaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan