awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi pemesejan XChat diperkenal, saingi WhatsApp dan Telegram
Tentera Darat AS perkenal inisiatif AI bantu anggota ketika operasi di lapangan
Liga Super: Pengadil tiup wisel awal, barisan kejurulatihan Selangor minta penjelasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan naikkan tahap amaran keganasan menjelang konsert BTS

Bernama
Bernama
18/03/2026
05:37 MYT
Korea Selatan naikkan tahap amaran keganasan menjelang konsert BTS
Konsert BTS dijadual berlangsung di Dataran Gwanghwamun di Jongno pada Sabtu, dengan jangkaan kehadiran ratusan ribu peminat dan pengunjung dari seluruh dunia. - Gambar fail

Kerajaan Korea Selatan pada Rabu memaklumkan bahawa ia akan menaikkan tahap amaran keganasan rasmi menjelang persembahan kemunculan semula kumpulan K-pop BTS di pusat bandar Seoul hujung minggu ini.

Amaran itu akan dipertingkatkan kepada tahap kedua terendah iaitu "berjaga-jaga" dalam skala empat peringkat daerah Jongno dan Jung bermula tengah malam Rabu hingga tengah malam Sabtu, menurut Pejabat Penyelarasan Dasar Kerajaan dalam satu kenyataan, lapor agensi berita Yonhap.

Konsert BTS dijadual berlangsung di Dataran Gwanghwamun di Jongno pada Sabtu, dengan jangkaan kehadiran ratusan ribu peminat dan pengunjung dari seluruh dunia.

Kerajaan berkata tahap amaran itu diselaraskan susulan arahan Perdana Menteri Kim Min-seok supaya langkah keselamatan yang bersesuaian dirangka, selain mengambil kira ancaman keganasan yang tidak boleh diketepikan berikutan keadaan keselamatan global semasa.

Agensi berkaitan merancang untuk meningkatkan rondaan di lokasi dan kemudahan utama serta memperkukuh sistem tindak balas bersama sebagai persediaan menghadapi sebarang kecemasan.

-- BERNAMA-YONHAP

Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#BTS
#konsert
#amaran keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan