awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
My Warriors Run 2026: Larian amal hargai pengorbanan pahlawan negara
Dua calon SPM antara 37 ditahan AADK di ICQS Bukit Kayu Hitam
Konflik Asia Barat: Iran dakwa lebih 940 sekolah rosak dalam serangan AS-Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan nasihatkan rakyat tinggalkan Lubnan susulan serangan darat Israel

Bernama
Bernama
18/03/2026
09:18 MYT
Korea Selatan nasihatkan rakyat tinggalkan Lubnan susulan serangan darat Israel
Pihak kedutaan kini sedang menghubungi kesemua warga Korea Selatan di Lubnan untuk menasihati mereka supaya meninggalkan negara itu, selain menyediakan maklumat mengenai penerbangan yang masih tersedia. - Gambar fail
Kementerian Luar Korea Selatan pada Rabu menasihatkan rakyatnya yang masih berada di Lubnan supaya segera meninggalkan negara Asia Barat itu menerusi penerbangan sedia ada, susulan situasi keselamatan yang semakin buruk akibat peningkatan serangan darat Israel di wilayah selatan.
Kedutaan Korea Selatan di Lubnan telah mengeluarkan nasihat tegas agar rakyatnya keluar secepat mungkin selagi ruang udara Lubnan masih dibuka, lapor agensi berita Yonhap yang memetik kenyataan kementerian luar negara itu.
Kira-kira 120 warga Korea Selatan dilaporkan masih berada di Lubnan pada masa ini.
Duta Korea Selatan ke Lubnan, Geon Gyu-suk dalam satu pesanan yang dimuat naik di laman sesawang kedutaan menggesa rakyatnya supaya meninggalkan negara itu, sambil memberi amaran bahawa tindakan untuk terus kekal di sana boleh membahayakan nyawa mereka.
Pihak kedutaan kini sedang menghubungi kesemua warga Korea Selatan di Lubnan untuk menasihati mereka supaya meninggalkan negara itu, selain menyediakan maklumat mengenai penerbangan yang masih tersedia.
"Kami sekali lagi menggesa warga kami di Lubnan untuk berlepas segera menggunakan penerbangan komersial yang ada, mengambil kira keadaan keselamatan yang meruncing ekoran pengerahan tentera darat Israel ke selatan Lubnan," menurut kementerian itu.
Korea Selatan telah mengenakan larangan perjalanan ke bahagian selatan Lubnan yang bersempadan dengan Israel, manakala kawasan lain di negara itu diletakkan di bawah nasihat perjalanan Tahap 3 yang menggesa warganegaranya untuk keluar.
-- BERNAMA-YONHAP
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#nasihat perjalanan
#keluar
#lubnan
#serangan Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan