awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN akan wujudkan direktori penyedia Menu Rahmah

Astro Awani
Astro Awani
07/02/2023
08:57 MYT
KPDN akan wujudkan direktori penyedia Menu Rahmah
Fuziah Salleh berkata, KPDN Pahang akan memulakan inisiatif mewujudkan direktori premis yang menyediakan Menu Rahmah. - Gambar fail
KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mewujudkan direktori premis yang menyediakan Menu Rahmah di seluruh negara.
Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, KPDN Pahang akan memulakan inisiatif tersebut tidak lama lagi.
"KPDN akan memulakan inisiatif itu dengan kerjasama Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia (PERTOM) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS)," katanya.
Fuziah berkata demikian selepas mengadakan Lawatan Kerja Timbalan Menteri KPDN ke perniagaan berkonsepkan francais “Nasi Ayam Papa” di Indera Mahkota, di sini, hari ini. Tambah Fuziah, inisiatif menurunkan harga seperti program Menu Rahmah bukan hanya tertumpu kepada sektor makanan sahaja tetapi turut boleh diikuti oleh sektor lain seperti perubatan dan pendidikan.
"Kos sara hidup ni bukan sahaja melibatkan makanan, tapi melibatkan kesihatan... ubat-ubatan... melibatkan perumahan... tempat tinggal... melibatkan pengangkutan, pendidikan dan sebagainya.
"Jadi KPDN akan sentiasa bekerjasama dengan kementerian yang lain dan juga industri-industri untuk memastikan bahawa kos sara hidup itu dapat kita kawal. Jadi kalau ada farmasi nak tampil, kita amat alukan," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata industri francais negara telah memperoleh sebanyak RM30.1 bilion nilai jualan pada tahun 2021 dan KPDN menyasarkan industri itu berkembang antara 20 hingga 30 peratus bagi 2023.
Topic Berkaitan
#kpdn
#Menu Rahmah
#direktori kedai
#Fuziah Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan