awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN Johor bongkar kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi di Masai

Bernama
Bernama
11/04/2026
01:52 MYT
KPDN Johor bongkar kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi di Masai
Pemeriksaan mendapati pemilik premis menggunting paket minyak dan kemudian memindahkannya ke dalam botol, dipercayai bagi kegunaan operasi perniagaan. - Gambar hiasan/BERNAMA
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membongkar kegiatan penyelewengan minyak masak paket bersubsidi di sebuah premis makanan di Taman Megah Ria, Masai di sini, pada 3 petang Khamis lepas.
Pengarah KPDN Johor Lilis Saslinda Pornomo berkata pemeriksaan mendapati pemilik premis menggunting paket minyak dan kemudian memindahkannya ke dalam botol, dipercayai bagi kegunaan operasi perniagaan.
“Pemeriksaan lanjut turut menemukan peralatan seperti gunting, corong dan botol yang dipercayai digunakan bagi menjalankan kegiatan terbabit di dalam premis,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Lilis Saslinda berkata premis tersebut juga didapati menyimpan barang kawalan berjadual iaitu gula dan tepung gandum selain minyak masak paket itu, tanpa permit yang sah.
Susulan itu, pemilik dan pengurus premis terbabit ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.
“Kita turut menyita barang kawalan berjadual serta peralatan yang dipercayai digunakan bagi kerja-kerja penyelewengan tersebut dan nilai sitaan masih dalam proses dokumentasi. Bagaimanapun, tindakan diambil bagi memastikan pematuhan undang-undang,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kpdn
#minyak masak paket
#kegiatan penyelewengan
#barang kawalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan