awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi pemesejan XChat diperkenal, saingi WhatsApp dan Telegram
Tentera Darat AS perkenal inisiatif AI bantu anggota ketika operasi di lapangan
Liga Super: Pengadil tiup wisel awal, barisan kejurulatihan Selangor minta penjelasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN rampas 790 jam tangan tiruan bernilai RM790,600, tahan seorang lelaki

Bernama
Bernama
18/03/2026
01:49 MYT
KPDN rampas 790 jam tangan tiruan bernilai RM790,600, tahan seorang lelaki
Serbuan oleh Bahagian Penguat Kuasa KPDN Putrajaya mendedahkan kegiatan penyimpanan dan penjualan jam tangan berjenama yang disyaki tiruan dijalankan secara tertutup. - Foto Sinar Harian
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 790 jam tangan pelbagai jenama terkenal disyaki tiruan bernilai RM790,600 dalam serbuan di sekitar ibu negara, Jumaat lepas.
Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam berkata serbuan dijalankan oleh Bahagian Penguat Kuasa Putrajaya hasil risikan selama hampir sebulan terhadap sebuah premis yang dipercayai menjadi lokasi penyimpanan dan penjualan barangan berkenaan.
“Turut disita adalah pelbagai kotak dan beg kertas berjenama serta beberapa barangan lain yang dipercayai digunakan bagi tujuan penyimpanan dan penjualan produk tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kegiatan itu dijalankan di sebuah premis dua tingkat yang beroperasi secara tertutup dengan bahagian bawah dijadikan bengkel pembaikan dan servis jam tangan, manakala tingkat atas digunakan sebagai lokasi penyimpanan serta penjualan jam tangan tiruan.
Aktiviti penjualan, katanya dipercayai hanya dilakukan kepada pelanggan tertentu sahaja bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Azman berkata jam tangan tiruan itu dipercayai diperoleh daripada pembekal luar negara sebelum diedar kepada pelanggan tempatan.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kegiatan itu dikendalikan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an yang merupakan pengurus premis berkenaan dan dipercayai bertanggungjawab sepenuhnya terhadap operasi termasuk pengurusan premis, penyimpanan stok dan aktiviti penjualan.
"Lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Cap Dagangan 2019 kerana disyaki menggunakan cap dagangan berdaftar tanpa kebenaran pemilik yang sah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#barang tiruan
#jam tangan
#serbuan
#kpdn
#Azman Adam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan