awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN Sabah terima 67 serahan kes dengan nilai rampasan lebih RM2 juta

Bernama
Bernama
28/03/2024
15:42 MYT
KPDN Sabah terima 67 serahan kes dengan nilai rampasan lebih RM2 juta
Georgie berkata antara agensi terlibat adalah PDRM, PPM, PGA, ATM dan JKDM. - Gambar Bernama
KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menerima 67 serahan kes daripada agensi penguat kuasa lain dengan nilai rampasan RM2.01 juta sejak Januari lalu hingga hari ini.
Pengarahnya Georgie Abas berkata antara agensi terlibat adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
"Kes-kes tersebut masih dalam proses siasatan. Ini adalah mencerminkan kerjasama erat pihak KPDN Sabah dengan agensi-agensi penguatkuasa lain," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata bagi tempoh yang sama juga KPDN Sabah telah mendaftar sebanyak 14 kes di mahkamah dan enam kes telah selesai pendakwaan dengan jumlah denda RM37,500 sementara lapan kes masih dalam prosiding mahkamah.
Katanya sebarang laporan salah laku atau penyelewengan barang kawalan penyaluran maklumat boleh dibuat kepada mana-mana pejabat cawangan KPDN berdekatan atau melalui platform aduan melalui aplikasi WhatsApp ke 019-279 4317 atau 019-848 8000.
Pengguna juga boleh mengemukakan aduan ke portal kementerian di kpdn.gov.my; email ke [email protected]; menghubungi call centre 1 800 886 800; dan melalui aplikasi telefon pintar Ez Adu KPDN.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kpdn
#PDRM
#PGA
#proses siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan