awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNHEP beri jaminan bekalan ayam mencukupi

Bernama
Bernama
08/02/2021
13:45 MYT
KPDNHEP beri jaminan bekalan ayam mencukupi
Nanta turut menasihatkan agar pengeluar, pembekal dan peruncit tidak mengambil kesempatan menaikkan harga ayam ketika ini. - Bernama
KUALA LUMPUR:Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bekalan ayam daging mencukupi walaupun sebuah kilang pengeluar ayam utama negara diarah tutup baru-baru ini.
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata bagi tujuan kelangsungan pengedaran bekalan, pihaknya mengarahkan sebuah kilang pengeluar ayam di Pedas, Negeri Sembilan untuk membantu memproses pengeluaran ayam daging.
"Pengeluaran bekalan ayam daging tetap stabil dengan pengeluaran oleh kilang lain yang masih beroperasi seperti biasa dan dapat memenuhi keperluan pasaran.
"Berdasarkan rekod, tiada sebarang aduan berkaitan kekurangan bekalan ayam di pasaran yang diterima KPDNHEP di seluruh negara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sabtu lepas, kilang pemprosesan ayam di Serkam, Melaka diarah tutup selepas 604 pekerjanya disahkan positif COVID-19 sejak saringan dilakukan pada 1 Feb.
Mengulas lanjut, Nanta berkata langkah itu diambil hasil pemeriksaan dan penelitian terhadap operasi kilang terbabit bagi menentukan strategi serta tindakan susulan sebagai usaha memastikan bekalan ayam tidak terjejas.
Katanya, KPDNHEP secara berterusan mengadakan libat urus dengan pihak industri ayam daging dan telur bagi menyelia operasi pengeluaran untuk memastikan kestabilan bekalan dari semasa ke semasa.
Bagaimanapun beliau mengingatkan pemain industri mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang beroperasi selain tanggungjawab pengusaha menyaring pekerja dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku jangkitan COVID-19 dalam kalangan pekerja mereka.
Selain itu, Nanta turut menasihatkan agar pengeluar, pembekal dan peruncit tidak mengambil kesempatan menaikkan harga ayam ketika ini.
"KPDNHEP akan melaksanakan pemantauan di peringkat pengedaran dan mengambil tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011," katanya sambil menasihatkan pengguna untuk tidak melakukan pembelian panik.
Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan menerusi portal [email protected], pusat panggilan 1800-886-800, Pusat Arahan Penguatkuasaan di talian 03-8882 6088 / 6245, e-mel ke alamat [email protected], menggunakan aplikasi Ez ADU atau WhatsApp ke 019-279 4317.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPDNHEP
#Harga Ayam
#nanta linggi
#menteri
#kilang ayam
#ditutup
#bekalan
#tidak terjejas
#harga stabil
#tiada kenaikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan