awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNHEP kaji cadangan GLC jadi pembungkus minyak masak bersubsidi - Alexander

Bernama
Bernama
09/08/2022
14:41 MYT
KPDNHEP kaji cadangan GLC jadi pembungkus minyak masak bersubsidi - Alexander
Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata ia adalah antara cadangan yang akan dipertimbangkan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengkaji cadangan membenarkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk membungkus minyak masak polibeg bersubsidi bagi mengekang ketirisan produk itu.
Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata ia adalah antara cadangan yang akan dipertimbangkan.
"Bagaimanapun kita akan teliti dahulu bagaimana GLC ini boleh membantu lebih 300 syarikat pembungkusan yang kita lesenkan, kita lihat bagaimana syarikat ini boleh membantu pengagihan supaya seluruh negara akan mendapat minyak ini, tidak ada negeri yang kurang dan tidak ada yang terlebih," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melawat reruai KPDNHEP sempena Pameran Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini, hari ini.
Mengulas mengenai laporan ada peniaga di negeri tertentu yang menjual minyak masak dalam botol melebihi harga maksimum, Alexander berkata, peniaga-peniaga terbabit diminta supaya mematuhi harga ditetapkan yang bermula semalam.
"Tetapi jika ia berterusan kita akan ambil tindakan untuk mengelak ia memberi kesan kepada golongan pengguna," katanya.
Sementara itu, Alexander berkata minyak masak dalam paket yang terapung di perairan Indonesia seperti yang tular di media sosial baru-baru ini bukan milik Malaysia.
Beliau berkata dari maklumat yang diterima minyak masak tersebut adalah milik Indonesia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPDNHEP
#minyak masak
#GLC
#subsidi
#Alexander Nanta Linggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan