awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNHEP Kedah ambil tindakan kilang biskut guna logo halal meragukan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
24/06/2022
11:39 MYT
KPDNHEP Kedah ambil tindakan kilang biskut guna logo halal meragukan
Tindakan pihak yang syarikat itu menggunakan logo halal Jakim yang meragukan menjadi suatu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. - Astro AWANI
ALOR SETAR: Pemilik sebuah kilang mengeluarkan biskut dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah kerana menyalahgunakan logo halal yang meragukan dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Pengarahnya, Affendi Rajini Kanth berkata, kilang yang terletak di Bukit Pinang diserbu penguat kuasa KPDNHEP bersama pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) pada jam 11 pagi.
Dalam pemeriksaan itu, mendapati hampir kesemua produk yang siap dibungkus yang telah dikotakkan masih dicop dengan logo halal Jakim.
"Tindakan pihak yang syarikat itu menggunakan logo halal Jakim yang meragukan menjadi suatu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
“Ini kerana Pensijilan Halal Malaysia yang pernah diluluskan kepada syarikat ini sudah ditarik balik oleh jabatan itu sejak Mac lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
"Hal ini menyebabkan pihak syarikat tidak boleh menggunakan logo halal JAKIM pada kesemua produk yang dikeluarkan di kilang berkenaan," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Affendi berkata, kesemua produk yang sudah dilabelkan dengan logo halal JAKIM itu kemudian disita untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata, pihak KPDNHEP merampas sejumlah 20,193 kotak dengan nilainya dianggarkan RM906,609.
Katanya, hasil siasatan mendapati syarikat terbabit telah beroperasi lebih dari 10 tahun dan kesemua biskut dibekalkan untuk pasaran seluruh semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak.
Kes disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
Jika sabit kesalahan, pemilik syarikat boleh di denda tidak melebihi RM200,000 bagi kesalahan yang pertama.
Topic Berkaitan
#logo halal
#kilang biskut
#KPDNHEP
#Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan