awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Perang AS-Iran hampir berakhir, kata Presiden Trump
Himpunan GARAH: Anwar, kerajaan dan lima lain diarah fail pembelaan sebelum 21 Mei
Speaker belum terima surat letak jawatan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPK perkenal insentif RM3.5 juta bantu peniaga sawit peroleh Pensijilan MSPO - Noraini

Bernama
Bernama
11/04/2026
04:23 MYT
KPK perkenal insentif RM3.5 juta bantu peniaga sawit peroleh Pensijilan MSPO - Noraini
Noraini berkata inisiatif itu turut mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat serta memperkukuh keyakinan terhadap sektor sawit negara di pasaran domestik dan antarabangsa. - Gambar fail/Bernama
Kerajaan menerusi Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) memperkenalkan insentif berjumlah RM3.5 juta dalam usaha menyokong peniaga buah sawit memperoleh pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Menteri Perladangan dan Komoditi Dr Noraini Mohamad berkata lebih daripada 3,000 peniaga buah sawit yang layak di seluruh negara dijangka menerima manfaat itu, tertakluk kepada syarat dan kelayakan ditetapkan.
Permohonan bagi insentif itu boleh dikemukakan kepada Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) mulai 15 April 2026 melalui sistem e-MSPO, katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata langkah proaktif kerajaan itu bagi membantu peniaga berkenaan memenuhi keperluan pematuhan semasa selain memperkukuh daya tahan rantaian bekalan sawit negara.
“Pelaksanaan inisiatif ini selaras dengan usaha memperkukuh pelaksanaan menyeluruh MSPO 2.0, di samping menyokong agenda negara dalam memastikan industri sawit Malaysia terus berkembang secara mampan, bertanggungjawab dan berdaya tahan," katanya.
Pada masa sama, Noraini berkata inisiatif itu turut mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat serta memperkukuh keyakinan terhadap sektor sawit negara di pasaran domestik dan antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MSPO
#sawit
#insentif
#kebajikan rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan