awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT, DBKL akan bincang isu kebersihan penyelenggaraan infrastruktur

Bernama
Bernama
04/01/2023
03:55 MYT
KPKT, DBKL akan bincang isu kebersihan penyelenggaraan infrastruktur
Kor Ming berkata hasil lawatan di Dataran Merdeka mendapati terdapat masalah seperti bumbung siling tandas rosak, paip air tidak berfungsi dengan baik dan sabun pencuci tangan tidak diisi semula. - Foto Facebook/Nga Kor Ming
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah dalam masa terdekat bagi menyelesaikan isu penyelenggaraan infrastruktur atau kemudahan awam.
Menterinya Nga Kor Ming berkata hasil lawatan di Dataran Merdeka semalam, beliau mendapati terdapat masalah yang melibatkan beberapa bumbung siling tandas awam lelaki rosak, paip air tidak berfungsi dengan baik dan sabun pencuci tangan tidak diisi semula.
"Bagaimanapun, tahap kebersihan tandas awam agak memuaskan dan sistem pencahayaan berfungsi dengan baik," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata perkara ini perlu dilihat kerana kebersihan tandas awam bertaraf 'BMW' iaitu Bersih, Menawan dan Wangi berkait rapat dengan imej negara khususnya di destinasi utama pelancongan selain bagi meningkatkan persepsi positif rakyat terhadap pihak berkuasa tempatan (PBT).
Oleh itu, Nga mengharapkan kesemua 155 PBT di seluruh negara dapat mewujudkan unit pemantauan kebersihan tandas awam dan melaksanakan penyelenggaraan bagi memastikan tandas awam di negara ini sentiasa berada dalam keadaan yang bersih, berfungsi dengan baik dan teratur.
Dalam lawatan sama, Nga turut mendapati keadaan rumput yang 'botak' dan kurang sempurna di padang Dataran Merdeka, selain tempat ruang niaga bawah tanah yang kini sudah berada dalam keadaan usang dan kotak suis elektrik yang tidak ditutup dengan baik dan membahayakan keselamatan pengunjung.
"Budaya penyelenggaraan wajar dititikberatkan dan dipandang serius oleh semua agensi kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nga Kor Ming
#DBKL
#KPKT
#Mahadi Che Ngah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan