awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT teliti cadangan pinda Akta 118, perkukuh tindakan projek komersial bermasalah

Bernama
Bernama
18/08/2025
06:10 MYT
KPKT teliti cadangan pinda Akta 118, perkukuh tindakan projek komersial bermasalah
Nga Kor Ming berkata pindaan itu akan membolehkan penguatkuasaan dilaksanan dengan lebih berkesan dan menyeluruh termasuk menyenarai hitam ahli lembaga syarikat pemaju induk serta syarikat subsidiari.
KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti cadangan pindaan terhadap Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) bagi memperluaskan skop tindakan ke atas projek komersial yang bermasalah.

Ringkasan AI
  • KPKT sedang meneliti pindaan terhadap Akta 118 bagi memperluaskan skop penguatkuasaan ke atas projek komersial bermasalah, termasuk menyenarai hitam ahli lembaga syarikat pemaju induk dan subsidiari.
  • Langkah ini bertujuan memperkukuh kawalan dan pencegahan awal agar projek perumahan swasta tidak menjadi sakit atau terbengkalai, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
  • Pindaan akta dijangka dibentangkan tahun depan selepas sesi libat urus bersama agensi penguatkuasaan, badan perundangan, pemain industri dan wakil pengguna bagi memastikan ia relevan dan berimpak tinggi.

Menteri berkenaan Nga Kor Ming berkata pindaan itu akan membolehkan penguatkuasaan dilaksanan dengan lebih berkesan dan menyeluruh termasuk menyenarai hitam ahli lembaga syarikat pemaju induk serta syarikat subsidiari.
Katanya langkah itu mampu memperkukuhkan tindakan dan kawalan yang lebih baik sebagai pencegahan awal serta tindakan jangka panjang bagi mengelakkan projek perumahan swasta menjadi sakit dan akhirnya terbengkalai.
"KPKT akan terus mempergiat sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan termasuk agensi penguatkuasaan, badan perundangan, pemain industri dan wakil pengguna bagi memastikan pindaan kepada Akta 118 nanti adalah relevan, menyeluruh dan berimpak tinggi, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
"Melalui pindaan ini kelak, bukan sahaja syarikat induk akan disenarai hitam malah pemilik sebenar di belakang tabir syarikat juga akan dikenakan tindakan sama....ini sedang kita perhalusi, dan jika berjalan lancar, pindaan akta ini akan dibentangkan tahun depan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Topic Berkaitan
#KPKT
#Akta 118
#projek komersial bermasalah
#Nga Kor Ming
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan