awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT teliti syarat tetapkan pemaju perumahan sedia rumah mampu milik

Bernama
Bernama
02/06/2023
12:46 MYT
KPKT teliti syarat tetapkan pemaju perumahan sedia rumah mampu milik
Menurut Nga, KPKT menyambut baik pengumuman Anwar yang dilihat sebagai inisiatif kolektif antara pihak kerajaan dan pemaju perumahan dalam menyediakan rumah untuk rakyat. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti syarat yang menetapkan pemaju perumahan swasta untuk membina rumah mampu milik dalam setiap projek mega yang dibangunkan, kata Menterinya, Nga Kor Ming.
Beliau berkata ia diteliti di bawah kajian Dasar Perumahan Negara baharu dan Dasar Perumahan Mampu Milik yang diselarikan dengan konsep perumahan MADANI dalam usaha memastikan pihak swasta terlibat secara aktif dalam menyediakan rumah mampu milik yang diperlukan mengikut lokaliti.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam, dilaporkan meminta KPKT meneliti semula perkara berkenaan memandangkan syarat membina sekurang-kurangnya 30 peratus rumah mampu milik dalam setiap projek perumahan tidak mengikut jadual dan skala yang ditetapkan.
Kerajaan telah mewajibkan pemaju perumahan swasta untuk membina sekurang-kurangnya 30 peratus rumah mampu milik dalam projek perumahan mega sejak 1981.
Menurut Nga, KPKT menyambut baik pengumuman Anwar itu yang dilihat sebagai inisiatif secara kolektif antara pihak kerajaan dan pemaju perumahan dalam menyediakan rumah untuk rakyat.
"KPKT sentiasa peka dengan isu penyediaan rumah mampu milik kerana agenda pemilikan rumah merupakan antara fokus utama kementerian dalam memastikan kesejahteraan rakyat," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPKT
#teliti syarat
#perumahan
#rumah mampu milik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan