awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT teliti wujud unit perkasa ekonomi usahawan di PBT

Bernama
Bernama
11/10/2023
21:15 MYT
KPKT teliti wujud unit perkasa ekonomi usahawan di PBT
Noor Azman ketika hadir pada majlis Konvensyen Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar 2023 di Johor Bahru, 11 Okt 2023. - Facebook KPKT Malaysia
JOHOR BAHRU: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bercadang mewujudkan sebuah unit khas di kesemua 155 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menyelaras dan memperkasa ekonomi usahawan di seluruh negara.
Ketua Setiausahanya, Datuk M Noor Azman Taib, berkata cadangan tersebut merupakan salah satu langkah kementerian berkenaan dalam membantu usaha kerajaan menoktahkan masalah kemiskinan tegar di negara ini.
Menurutnya, pewujudan unit khusus tersebut di PBT dapat mempermudahkan kementerian atau agensi menyalurkan peruntukan, dana dan kepakaran bagi memperkasakan usahawan.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2023, di sini, semalam.
Mengenai PEKB pula, beliau berkata seramai 16,294 usahawan telah berjaya dilatih menerusi program itu sejak ia dilaksanakan pada 2013 dengan tujuan meningkatkan kemahiran bagi menjana pendapatan lebih tinggi.
Konvensyen tersebut disertai 500 usahawan dengan 25 reruai (booth).
Ia dilaksanakan oleh KPKT dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Komunikasi dan Digital, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Majlis Bandaraya Johor Bahru dan badan bukan kerajaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPKT
#unit perkasa ekonomi usahawan
#pbt
#miskin tegar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan