awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, Singapura percepat JS-SEZ, teroka CCUS - Akmal Nasrullah
Kapal belayar dari pelabuhan Iran walaupun diancam sekatan oleh AS
4 terkorban, 20 cedera dalam satu lagi insiden tembakan di sekolah di Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT terajui usaha jimat tenaga, lebih 400 projek rendah karbon siap tahun ini

Bernama
Bernama
14/04/2026
08:26 MYT
KPKT terajui usaha jimat tenaga, lebih 400 projek rendah karbon siap tahun ini
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata selaras dengan komitmen Kerajaan MADANI terhadap pembangunan mampan, JKT telah menetapkan sasaran pelaksanaan lebih 200 projek rendah karbon setiap tahun bermula tahun lepas. - Gambar fail
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) menjangkakan lebih 400 projek rendah karbon akan disiapkan menjelang akhir tahun ini, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menangani cabaran krisis tenaga global dan melaksanakan penjimatan tenaga.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata selaras dengan komitmen Kerajaan MADANI terhadap pembangunan mampan, JKT telah menetapkan sasaran pelaksanaan lebih 200 projek rendah karbon setiap tahun bermula tahun lepas.
“Pelaksanaan inisiatif ini bukan sahaja menyokong agenda kelestarian negara, malah berupaya mengurangkan kos utiliti pihak berkuasa tempatan (PBT) secara signifikan.
“Setakat Disember lepas, sebanyak 131 projek pemasangan lampu tenaga solar telah dilaksanakan melibatkan 1,992 unit lampu dengan nilai keseluruhan RM15.34 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, Nga berkata sebanyak 136 projek pemasangan lampu LED cekap tenaga, yang kini telah siap sepenuhnya turut dilaksanakan melibatkan 4,513 unit lampu dengan nilai RM22.39 juta.
Beliau berkata KPKT akan terus memperkukuh pelaksanaan inisiatif rendah karbon di seluruh negara dengan memperluas penggunaan teknologi hijau dan mampan menerusi kerjasama strategik bersama PBT, agensi berkaitan serta pihak industri.
“Usaha ini selaras dengan komitmen Kerajaan MADANI bagi mempercepatkan peralihan ke pembangunan rendah karbon serta mengurangkan penggunaan tenaga,” katanya.
KPKT semalam mengeluarkan kenyataan menggesa 156 PBT seluruh negara melaksanakan enam langkah segera untuk menjimatkan penggunaan tenaga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPKT
#jimat
#projek
#karbon
#krisis
#Nga Kor Ming
#madani
#mampan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan