awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM dicadang kembalikan hukuman rotan

Bernama
Bernama
16/10/2025
13:45 MYT
KPM dicadang kembalikan hukuman rotan
Kementerian Pendidikan (KPM) dicadang mengembalikan hukuman rotan sebagai antara usaha mendisiplinkan pelajar. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) dicadang mengembalikan hukuman rotan sebagai antara usaha mendisiplinkan pelajar.
Lim Guan Eng (PH-Bagan) ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 di peringkat dasar berkata langkah itu bagaimanapun perlu dilakukan dengan tatacara serta prosedur yang lebih teratur, meliputi bukan sahaja sekolah di bawah KPM, tetapi juga sekolah swasta.
"Merotan memang berkesan sejak dahulu, kerana dahulu dengan hukuman rotan (kita) tidak mendengar kes yang berlaku seperti sekarang," katanya sambil menambah guru yang ditugaskan merotan perlu menjalani pemeriksaan psikologi bagi memastikan keselamatan pelajar.
Selain itu, bekas Menteri Kewangan itu mahu peruntukan disalurkan kepada sekolah untuk memasang kamera litar tertutup bagi memantau keselamatan di kawasan sekolah.
Rodziah Ismail (PH-Ampang) pula berkata reformasi pendidikan perlu dilaksana bagi mengurangkan beban tugas pentadbiran, sekali gus memastikan guru boleh menumpukan tugas hakiki sebagai pendidik.
Justeru, beliau mencadangkan KPM membentuk Task Force Beban Guru dan Keselamatan Sekolah bagi meneliti isu berkenaan secara menyeluruh termasuk mewujudkan sistem tunggal pendidikan digital nasional yang mengintegrasikan laporan supaya tidak bertindih antara KPM, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.
"Realitinya, guru hari ini bukan sahaja mengajar, tetapi perlu mengisi pelbagai laporan digital, mengurus kebajikan murid, audit, komuniti sekolah serta menyertai pelbagai program dan bengkel.
"Akibatnya, masa untuk mendidik dan memahami murid semakin berkurang seterusnya menambah tekanan kepada guru," katanya.
Persidangan bersambung Rabu depan susulan perayaan Deepavali yang bakal disambut Isnin ini.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul sebelum menangguhkan persidangan, merakamkan ucapan selamat menyambut Deepavali kepada Ahli Parlimen, petugas Parlimen dan seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan KPM
#kembalikan hukuman rotan
#Lim Guan Eng
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan