awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM nafi sesi libat urus pihak berkepentingan tadika swasta diadakan di gereja

Bernama
Bernama
13/03/2026
10:56 MYT
KPM nafi sesi libat urus pihak berkepentingan tadika swasta diadakan di gereja
Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan bahawa sesi libat urus (SLU) bersama pihak berkepentingan tadika swasta zon utara yang berlangsung semalam diadakan di sebuah gereja seperti yang tular di media sosial.
Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan bahawa sesi libat urus (SLU) bersama pihak berkepentingan tadika swasta zon utara yang berlangsung semalam diadakan di sebuah gereja seperti yang tular di media sosial.
Kesal dengan dakwaan tidak berasas itu, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata SLU itu telah dilaksanakan di dewan Sekolah Menengah Antarabangsa Assumption di Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang berdaftar dengan kementerian.
Beliau berkata pemilihan lokasi itu dibuat berdasarkan beberapa faktor termasuk kemudahan dan fasiliti yang tersedia selain bertujuan mengetengahkan peranan sekolah antarabangsa sebagai sebahagian daripada ekosistem pendidikan swasta negara.
"Pemilihan Sekolah Menengah Antarabangsa Assumption juga membuktikan sinergi yang baik antara KPM dan pihak penyedia pendidikan swasta," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata dakwaan yang tular itu jelas berniat jahat dan cubaan menimbulkan kekeliruan dan memburukkan imej kementerian.
"Mengambil ibrah bulan Ramadan, KPM menyeru semua pihak untuk meningkatkan amal ibadah dan tidak terjebak dalam perbuatan fitnah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPM
#nafi dakwaan
#sesi libat urus
#gereja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan