awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM tidak benarkan edaran komik berdasarkan undang-undang - Maszlee

Bernama
Bernama
20/10/2019
10:00 MYT
KPM tidak benarkan edaran komik berdasarkan undang-undang - Maszlee
MASZLEE: Kita bertindak atas landasan kedaulatan undang-undang.
Tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak membenarkan pengedaran buku komik 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' kepada institusi pendidikan termasuk sekolah adalah berlandaskan undang-undang, kata Menterinya Dr Maslee Malik.
"Bab percetakan ini di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN)... jadi, kita bertindak atas nasihat KDN.
"Sebarang komik politik, buku politik atau propaganda untuk diedar ke sekolah, kalau boleh kena melalui salurannya, kalau boleh melalui KDN kerana kita mempunyai undang-undang.
"Kita bertindak atas landasan kedaulatan undang-undang. Apa-apa hal, kita kena rujuk kepada KDN kerana bahan cetak ini ada dia punya akta sendiri," katanya.
Maszlee berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jom Sekolah 2020 oleh Yayasan Harapan Pontian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Kerang, di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai 43 pemimpin akar umbi, termasuk beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri daripada DAP, semalam, yang membantah pengumuman melarang pengedaran komik berkenaan daripada memasuki sekolah.
Jumaat lepas, KPM menerusi kenyataan, menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah memberi kebenaran dan kelulusan untuk pengedaran buku komik 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' kepada institusi pendidikan termasuk sekolah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama
#KDN
#Kementerian Pendidikan Malaysia
#komik
#KPM
#Maszlee Malik
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan