awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
Bekas ketua polis dakwa Trump tahu tingkah laku Epstein sejak 2006 – Dokumen FBI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM, Yayasan Negeri Semalaysia tubuh sekretariat, mantapkan sektor pendidikan di negeri-negeri

Fareez Azman
Fareez Azman
13/06/2023
16:18 MYT
KPM, Yayasan Negeri Semalaysia tubuh sekretariat, mantapkan sektor pendidikan di negeri-negeri
Fadhlina berkata sekretariat itu akan berfungsi menyelaras beberapa program berkaitan pemerkasaan pendidikan di negeri-negeri. - Gambar fail/Bernama
SUBANG JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) bersama Yayasan-yayasan Negeri SeMalaysia pada Selasa bersetuju menubuhkan satu Sekretariat Yayasan bagi memastikan pemantapan pendidikan di negeri-negeri.
Menurut Menterinya, Fadhlina Sidek, sekretariat itu berfungsi menyelaras beberapa program berkaitan pemerkasaan pendidikan dalam kalangan pelajar.
"Yayasan Sekretariat ini akan menjadi penggerak keputusan kita tadi... antara lain, kita setuju penubuhan sekretariat ini dan kedua program kita persetujui bersama.
"Antara program (melibatkan) akademik, pembinaan karakter, membasmi kemiskinan, keciciran dan literasi. Jadi itu antara perkara baik pada hari ini... Mesyuarat ini akan diteruskan jawatankuasa kerja diterajui Yayasan Selangor," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas sesi libat urus Yayasan-yayasan SeMalaysia bersama KPM di Subang Jaya pada Selasa.
Antara Yayasan Negeri yang hadir pada sesi libat urus itu, iaitu Yayasan Sarawak, Yayasan Islam Perlis, Yayasan Terengganu, Yayasan Pahang, Yayasan Melaka, Yayasan Pelajaran Johor, Yayasan Perak dan Yayasan Selangor.
Sementara itu, mengulas mengenai arahan pemakaian baju sukan bagi murid, guru dan kakitangan sekolah, jelas Fadhlina, arahan itu masih dikekalkan sehingga satu pengumuman dibuat KPM.
"Kita akan maklumkan semasa ke semasa, setakat ini teruskan sebab cuaca pun masih panas lagi. Kita ingat ramai ibu bapa gembira, saya ingat kita bagi ruang sehingga cuaca benar-benar pulih agar mereka kembali kepada unifom," jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#pakaian seragam sekolah
#kemiskinan
#libat urus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan