awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPT anjur Program JOM MASUK U di enam zon

Bernama
Bernama
12/05/2023
13:57 MYT
KPT anjur Program JOM MASUK U  di enam zon
Jelajah JMU2023 akan diadakan di zon Selatan iaitu di Stadium Tertutup Arena Larkin Johor Bahru, Johor dan zon Sarawak di Times Square Megamall Bintulu, masing-masing pada 20 dan 21 Mei. - Gambar hiasan/Pexels
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menganjurkan Program JOM MASUK U 2023 (JMU2023) bermula 20 Mei hingga 5 Jun ini di enam zon bagi mempromosi maklumat mengenai program pendidikan yang ditawarkan institusi pendidikan tinggi (IPT) di bawah kementerian itu.
KPT dalam kenyataan hari ini memaklumkan Jelajah JMU2023 akan diadakan di zon Selatan iaitu di Stadium Tertutup Arena Larkin Johor Bahru, Johor dan zon Sarawak di Times Square Megamall Bintulu, masing-masing pada 20 dan 21 Mei.
Zon Sabah di Kompleks Dewan Kuliah Pusat ke-2 Universiti Malaysia Sabah dan zon Utara di Dewan Perdana, UiTM Cawangan Kedah, masing-masing pada 27 dan 28 Mei.
Zon Timur di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu pula pada 3 dan 4 Jun manakala zon Tengah di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 4 dan 5 Jun.
KPT memaklumkan JOM MASUK U 2023 menyasarkan kumpulan pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi, Asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan diploma atau setarafnya.
"Semasa berlangsungnya JOM MASUK U 2023, calon-calon lepasan SPM dan STPM atau setaraf boleh memohon dan mengemas kini permohonan UPUOnline(R) yang akan dibuka untuk permohonan Fasa 2 mulai 15 Mei 2023 (12 tengah hari) hingga 9 Jun 2023 (5 petang)," menurut kenyataan itu.
IPT yang terdapat di bawah KPT merangkumi Universiti Awam, IPT Swasta (IPTS), politeknik, kolej komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPT
#Program Jom Masuk U
#institusi pendidikan tinggi
#IPT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan