awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPT beri pengurangan yuran 20 peratus kepada pelajar Universiti Awam

Astro Awani
Astro Awani
14/09/2021
07:00 MYT
KPT beri pengurangan yuran 20 peratus kepada pelajar Universiti Awam
Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan pengurangan yuran sebanyak 20 peratus kepada semua pelajar warganegara di Universiti Awam bagi Semester 1 Sesi 2021/2022. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengumumkan pengurangan yuran sebanyak 20 peratus kepada semua pelajar warganegara di Universiti Awam (UA) bagi Semester 1 Sesi 2021/2022.
Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, langkah itu sebagai keprihatinan serta kecaknaan kementerian terhadap bebanan keluarga dan pelajar.
"Saya ingin mengumumkan pengurangan yuran sebanyak 20 peratus kepada semua pelajar warganegara di Universiti Awam (UA) bagi Semester 1 Sesi 2021/2022, yang bakal memanfaatkan seramai 555,340 pelajar dengan nilai keseluruhan RM175 juta," katanya dalam satu sidang media, di sini pada Selasa.
Ujarnya, di bawah inisiatif #KPTPRIHATIN dan selaras dengan prinsip Keluarga Malaysia, program-program berkaitan kesihatan mental dan perkhidmatan kaunseling seperti Tele-Kaunseling dan Pengurusan Kesihatan Mental Diri turut disediakan.
[TERKINI] Pengumuman Operasi Institusi Pendidikan Tinggi | 14 September 2021
"Saya amat mengharapkan komitmen IPT dalam memastikan kelancaran proses kemasukan pelajar ke kampus.
"Semua IPT mesti memantapkan pelan komunikasi masing-masing supaya informasi dan tatacara kemasukan pelajar ini dapat disampaikan dengan jelas kepada semua pihak,"kata beliau lagi.
Justeru, bagi mendapatkan maklumat terkini, pelajar boleh menghubungi Bilik Gerakan COVID-19 KPT yang beroperasi 24 jam setiap hari atau melayari laman web KPT.
Pelajar-pelajar yang mempunyai masalah untuk kembali ke kampus, termasuklah berkaitan pengangkutan, bolehlah menghubungi pegawai penyelaras IPT masing-masing.
Noraini juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan perancangan dan pelaksanaan kemasukan pelajar kembali ke kampus secara berperingkat.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#IPT
#noraini ahmad
#pelajar lengkap divaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan