awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPT bincang dengan IPT, selesaikan masalah kediaman pelajar - Zambry

Bernama
Bernama
16/12/2023
10:26 MYT
KPT bincang dengan IPT, selesaikan masalah kediaman pelajar - Zambry
Zambry (dua, kiri) meninjau persekitaran hostel ketika melawat Kampus Sultan Azlah Shah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini. - Foto Bernama
TANJUNG MALIM: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan berbincang dengan pihak institusi pendidikan tinggi (IPT) seluruh negara bagi mengenal pasti universiti yang memerlukan penyelesaian berkaitan masalah kediaman pelajar.
Menterinya Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata beliau telah dimaklumkan oleh pihak pengurusan tertinggi KPT bahawa terdapat beberapa universiti yang perlu menyelesaikan masalah itu dengan kadar segera, namun beliau tidak mendedahkan jumlah serta universiti terlibat.
"Saya telah bincang dengan pihak pengurusan tertinggi KPT supaya kita kenal pasti universiti yang perlukan penyelesaian segera (masalah kediaman pelajar). Mereka telah maklumkan kepada saya beberapa universiti yang perlu kesegeraan untuk kita selesaikan masalah itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Kolej Kediaman Ungku Omar, di Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini.
Berkenaan lawatan hari ini, Zambry berkata beliau hadir untuk mendengar keluhan serta masalah yang dihadapi pelajar berkaitan kediaman di dalam universiti itu.
Zambry berkata kapasiti yang ada pada kampus tersebut ketika ini hanya 40 peratus sahaja, namun UPSI sudah membuat perancangan meningkatkan jumlah itu kepada 70 peratus.
"Sekarang lebih kurang 7,000 pelajar tinggal di kampus dan jangkaan kita ia boleh ditingkatkan kepada 14,000 kapasiti di sini pada Oktober tahun hadapan, namun saya juga bangkitkan tentang keselesaan pelajar.
"Saya buat tinjauan di beberapa unit yang ada dalam kampus dan bertanya pada pelajar, setakat ni mereka selesa. Nak tambah kapasiti pun kena ambil kira keselesaan mereka," katanya.
Beliau berkata kos sara hidup meningkat, kadar sewa tinggi dan rumah sewa yang terhad di luar adalah antara faktor yang telah diambil kira dalam membantu pelajar.
Sementara itu, dalam isu berkaitan penularan COVID-19, Zambry berkata setakat ini keadaan di IPT masih terkawal dan KPT akan terus mendapatkan panduan serta arahan daripada Kementerian Kesihatan bagi mengekang penyebaran wabak tersebut.
"Saya berharap semua pihak sama ada pelajar atau komuniti yang berada di kampus ambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan masalah penyebaran COVID-19 tidak berlaku di kawasan kampus masing-masing," katanya.
Pada 13 Dis, kes COVID-19 dalam negara dilaporkan meningkat kepada 12,757 kes pada Minggu Epidemiologi ke-49 iaitu dari 3 hingga 9 Dis lepas berbanding 6,796 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan Tinggi
#Zambry Abd Kadir
#masalah kediaman pelajar
#IPT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan