awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selat Hormuz dibuka: 'Terima kasih, sekatan Iran kekal hingga rundingan selesai' - Trump
PKR ucap tahniah Kedah turut laksana dasar penjimatan dalam perbelanjaan
Selat Hormuz dibuka sepenuhnya - Menteri Luar Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPT dapatkan maklumat lanjut daripada UM mengenai adegan teater

Bernama
Bernama
16/04/2026
04:23 MYT
KPT dapatkan maklumat lanjut daripada UM mengenai adegan teater
Zambry berkata KPT akan mendapatkan maklumat lanjut daripada Universiti Malaya berhubung isu adegan kurang sopan dalam sebuah persembahan teater. - Gambar fail/Bernama
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat lanjut daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan kurang sopan dalam sebuah persembahan teater yang tular di media sosial, kata Menterinya Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
“Tadi saya tengok ada dalam media sosial (laporan mengenai isu itu). Saya akan dapatkan maklumat terlebih dahulu daripada pihak UM,” katanya ringkas kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Naik Taraf Perpustakaan Digital University of Cyberjaya (UoC) di sini hari ini.
Satu persembahan teater didakwa berlaku di UM menjadi tular apabila ia memaparkan adegan kurang sopan dan mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat.
Terdahulu, UM dalam satu kenyataan memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku dan menyatakan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pelanggaran garis panduan program atau peraturan ditetapkan.
Menurut UM, hasil penelitian mendapati adegan dipertontonkan tidak selaras dengan skrip asal yang telah melalui proses tapisan dan jelas merupakan pelanggaran terhadap syarat pertandingan ditetapkan.
Berdasarkan syarat umum dan peraturan pertandingan Karnival Teater (KARVITER) UM, setiap persembahan perlu bebas daripada unsur negatif, provokasi atau sebarang kandungan yang boleh menjejaskan nilai keagamaan, moral, etika, budaya dan nama baik universiti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zambry
#UM
#adegan
#teater
#maklumat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan