awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPT pertimbang lanjut moratorium kenaikan yuran IPTS

Bernama
Bernama
13/12/2021
20:38 MYT
KPT pertimbang lanjut moratorium kenaikan yuran IPTS
Noraini berkata pihaknya turut menganggarkan kutipan berjumlah RM2 bilion dalam tempoh pemberian diskaun bayaran balik PTPTN bermula 1 Nov hingga 30 April 2022. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bagi meringankan beban pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang mempertimbang untuk melanjutkan moratorium kenaikan yuran kursus pengajian di insititusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang telah dilaksana bermula 1 Jun 2020 hingga 31 Dis ini.
Menteri berkenaan Datuk Seri Noraini Ahmad berkata KPT juga telah memohon kepada IPTS untuk memberikan diskaun kepada pelajar atas dasar keprihatinan dan cakna kebajikan mereka.
"Malah, ada juga sesi libat urus awal dilaksanakan oleh KPT bersama institusi pengajian tinggi berkaitan perkara ini," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) bagi kementerian itu di Dewan Rakyat pada Isnin.
Dalam pada itu, KPT menyasarkan RM2.5 bilion kutipan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tahun depan.
Noraini berkata pihaknya turut menganggarkan sejumlah RM2 bilion kutipan dalam tempoh pemberian diskaun bayaran balik PTPTN yang bermula 1 Nov hingga 30 April 2022.
"Setakat November lepas, RM297 juta dikutip manakala bagi tempoh Januari hingga November lepas adalah RM2.1 bilion," katanya.
Rang undang-undang yang memperuntukkan RM11,546,744,200 kepada KPT menerusi Bajet 2022 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan 22 Ahli Parlimen dari blok kerajaan dan pembangkang serta Bebas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPT
#Kementerian Pengajian Tinggi
#Moratorium
#yuran
#ipts
#noraini ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan