awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPWKM seru masyarakat prihatin kawasan kejiranan, pantau keganasan rumah tangga

Bernama
Bernama
02/04/2021
08:52 MYT
KPWKM seru masyarakat prihatin kawasan kejiranan, pantau keganasan rumah tangga
Siti Zailah meminta masyarakat agar mengambil peduli dengan persekitaran di sekitar kediaman masing-masing bagi mengesan jenayah keganasan rumah tangga. - Bernama
KUALA PERLIS: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merekodkan 669 aduan keganasan rumah tangga dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
Timbalan Menterinya Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata aduan tersebut diterima menerusi Talian Kasih 15999 dan 019-261 5999.
Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat agar mengambil peduli dengan persekitaran di sekitar kediaman masing-masing bagi mengesan jenayah keganasan rumah tangga.
"Sekiranya kita dengar jiran-jiran kita berdepan dengan masalah rumah tangga, ada aduan dan mendengar jiran (berdepan isukeganasan rumah tangga), buatlah aduan kepada Talian Kasih," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Bakul Makanan di Sanglang dekat sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Siti Zailah berkata untuk memudahkan urusan pendaftaran suntikan vaksin COVID-19 dalam kalangan rakyat, kaunter pendaftaran akan dibuka pada setiap program anjuran kementerian itu.
"Di bawah kumpulan sasaran kami warga emas sudah ada senarai nama, namun warga emas di luar sana kita juga galakkan mereka untuk mendaftar bagi dapatkan vaksin ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#keganasan
#wanita
#jenayah
#keluarga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan