awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TMM 2026: DBKL turunkan kadar deposit cagaran konsert, pertunjukan pentas dan kebudayaan
34 kemudahan tenaga di Teluk rosak teruk, kata Ketua IEA
Kerajaan Belanda boleh kekalkan rahsia dokumen MH17, mahkamah ECHR putuskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis Asia Barat: KPT sedia tempatkan pelajar Malaysia terjejas di IPT tempatan

Bernama
Bernama
17/04/2026
06:06 MYT
Krisis Asia Barat: KPT sedia tempatkan pelajar Malaysia terjejas di IPT tempatan
Zambry berkata perkara itu antara langkah kesiapsiagaan kementerian dan jaminan memastikan pengajian pelajar tidak terjejas termasuk mereka yang baru mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke negara terbabit. - Gambar fail
Kerajaan bersikap terbuka dan bersedia menempatkan pelajar Malaysia yang berdepan situasi terkandas atau terjejas pengajian di negara terlibat dalam krisis Asia Barat ke institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara sekiranya keadaan memerlukan.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata perkara itu antara langkah kesiapsiagaan kementerian dan jaminan memastikan pengajian pelajar tidak terjejas termasuk mereka yang baru mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke negara terbabit.
“Sekiranya berlaku maka ruang akan diberikan kepada mereka untuk melanjutkan pelajaran di sini (IPT dalam Malaysia), yang bersesuaian dengan keputusan, kursus dan latar belakang pendidikan mereka kerana persefahaman di peringkat universiti itu ada.
"Biasanya kita akan bincangkan kursus yang boleh dipindahkan kredit berdasarkan garis panduan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) supaya pelajar dapat meneruskan pengajian tanpa perlu mengulang sepenuhnya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Townhall Kembara Karisma Pemimpin Muda MADANI Zon Selatan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Jasin di sini hari ini.
Beliau berkata langkah membawa pulang pelajar dan menempatkan mereka di universiti tempatan bukan perkara baharu, sebaliknya pernah dilaksanakan termasuk ketika konflik Iran–Iraq serta melibatkan pelajar Malaysia di Kuwait.
"Setakat ini belum ada angka rasmi pelajar yang terkesan (akibat krisis di Asia Barat) kerana universiti di negara terbabit masih berfungsi seperti biasa malah jumlahnya agak kecil berbanding pelajar di negara lain seperti di Jordan atau Mesir.
"Pun begitu kementerian akan bersiap sedia dan menunggu maklum balas daripada pelajar dan institusi pengajian sebelum sebarang tindakan lanjut diambil," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPT
#pelajar malaysia
#Zambry Abdul Kadir
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan