awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat Pencarian juruterbang jet pejuang yang hilang ujian terbesar buat Amerika
Konflik Asia Barat: Suku kaum Iran cari juruterbang jet pejuang Amerika yang hilang di kawasan terpencil
Dua pelajar IPG lemas berkayak di Pantai Merdeka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis Asia Barat tuntut solidariti nasional - MBM

Kenyataan Media
Kenyataan Media
27/03/2026
10:42 MYT
Krisis Asia Barat tuntut solidariti nasional - MBM
MBM menggesa sidang khas Parlimen diadakan bagi membincangkan pendekatan bipartisan menangani krisis tenaga. - Foto MBM
BERIKUT adalah kenyataan Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Ahmad Farhan Rosli berhubung perkembangan semasa krisis Asia Barat:
Majlis Belia Malaysia (MBM) mengambil maklum penurunan had BUDI95 daripada 300L kepada 200L sebagai langkah sementara berasaskan data penggunaan sebenar serta tekanan global susulan ketegangan di Asia Barat.
MBM memahami keperluan kerajaan bertindak awal, namun menegaskan bahawa pelaksanaan subsidi mesti kekal adil, bersasar dan berjiwa rakyat.
Sehubungan itu, MBM mengemukakan empat cadangan utama;
Pertama, memperluaskan subsidi BUDI diesel serta melonggarkan syarat kepada pemilik kenderaan persendirian dengan kuota munasabah sekitar 300 liter sebulan,
Kedua, menyemak semula dan mengurangkan elaun petrol bagi 222 Ahli Parlimen sebagai simbol kepimpinan melalui teladan dan solidariti nasional,
Ketiga, mempercepat usaha mempelbagaikan sumber tenaga negara dengan meneroka bekalan alternatif di luar negara Teluk serta memperkukuh pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui demi keselamatan tenaga jangka panjang.
MBM turut menggesa sidang khas Parlimen diadakan bagi membincangkan pendekatan bipartisan menangani krisis tenaga. MBM percaya krisis ini menuntut kejujuran dasar, keberanian politik dan solidariti nasional demi melindungi rakyat serta menjamin kestabilan negara.
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Majlis Belia Malaysia MBM
#subsidi
#diesel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan